NEW YORK - Pada usia 85 tahun, penyanyi terkenal Tony Bennett menghasilkan album yang berjaya menduduki nombor 1 carta album Billboard pada minggu ini.
Kejayaan itu membuatkan vokalis Sting (gambar) yang meraikan ulang tahun ke-60 kelahirannya hari ini berharap dia mampu menjadi sebagus itu pada usia 85 tahun.
"Saya berharap mampu mengekalkan kejayaan pada hari ini untuk tempoh 25 tahun lagi. Saya tidak boleh hidup tanpa muzik. Saya lebih rela bermain muzik atau mati," katanya.
Sting meraikan 25 tahun sebagai penyanyi solo. Pada lewat tahun 1970-an, dia tampil dalam industri muzik sebagai ketua kumpulan The Police.
Penyanyi yang pernah memenangi 16 Anugerah Grammy itu baru-baru ini melancarkan album lagu-lagu hitnya bertajuk Sting: 25 Years. Pada 18 Oktober depan, dia akan melancarkan pula album Sting: The Best of 25 Years yang mengandungi 12 lagu terbaik dalam karier solonya. - AP
No comments:
Post a Comment