Seorang wanita mengaku menggigit buah zakar teman lelakinya, diberikan amaran akan dipenjara. Maria Topp, 44, dari Wreckenton, Gateshead, Tyne and Wear, mengaku bersalah membawa kemudaratan tubuh badan yang tidak terperi sakitnya di Mahkamah Newcastle Crown. Beliau telah menggigit buah zakar Martin Douglas teman lelaki yang dikenali sejak lima tahun lalu setelah terlibat dalam pergaduhan akibat mabuk di sebuah flat pada bulan February.
Dia yang ditawarkan ikat jamin akan dihukum penjara bulan depan. Mr.Douglas seorang DJ telah dibawa ke hospital Newcastle setelah membuat panggilan 999 dan memerlukan pembedahan kecemasan selepas serangan tersebut.
Maria Topp telah dibicarakan oleh juri Mahkamag Crown Newcaste atas tuduhan mendatangkan kecederaan terok dengan niat yang boleh membawa hukuman penjara seumur hidup. Beliau mengaku bersalah dan selepas rayuan dikemukakan pertuduhan mungkin dipinda yang hanya membawa hukuman 5 tahun penjara.
Mahkamah menangguhkan hukuman sehingga 11 November, Maria Topp dibenarkan ikat jamin bersyarat. Hakim berkata “kedua-dua pasangan telah menjalinkan hubungan selama lima tahun, mereka telah berpisah berkali-kali dan kembali semula menjalinkan hubungan, telah berlaku beberapa kali pergaduhan dan polis telah dipanggil beberapa kali dan pada hari kejadian dalam keadaan mabuk, telah berlaku pertengkaran dan Ms Maria Topp telah menggigit buah zakar Mr.Douglas dan menyebabkan kecederaan.Saya mempunyai beberapa pilihan dan antaranya memenjarakan anda”. -
No comments:
Post a Comment