Pengikut Boyzzonne

Wednesday, May 9, 2012

Cara Semak Penyata Caruman Kwsp Secara Online



Tahukan anda Caruman Kwsp boleh disemak secara online.....

Disini BoyzzoNNe ingin berkongsi cara semak caruman kwsp secara online


Cara Semak Penyata KWSP Secara Online

Untuk membuat semakan KWSP perlu terlebih dahulu mendaftar di Portal rasmi i-Akaun KWSP .

Untuk mendaftar terlebih dahulu perlu ke kaunter KWSP terdekat untuk mengambil nombor PIN ( tempoh sah 90 hari ), semasa di kaunter KWSP kad pengenalan diperlukan untuk mengambil no pin KWSP tadi. ( sekali sahaja untuk pendaftaran online )

Seterusnya perlu ke portal rasmi KWSP i-Akaun iaitu http://www.kwsp.gov.my/ . Sila klik pada “ login kali pertama ..

Untuk pertanyaan bersetuju atau tidak mengaktifkan i-Akaun pilihlah ( saya bersetuju untuk mengaktifkan i-Akaun ) tanda di kotak disediakan.

Seterusnya masukkan no kad pengenalan masing-masing

Masukkan no pin yang diambil tadi di kaunter dan tekan ( aktifkan )

Langkah terakhir masukkanlah nama pengguna dan kata laluan pilihan sendiri dan klik pada butang hantar.

Setelah didaftarkan, anda boleh menyemak simpann terkini dan penyata KWSP masing-masing terus dari rumah. Semoga membantu.


So Lepas ni Tak perlu lagi anda semua beratur di kaunter atau di mana2 mesin untuk menyemak Caruman Kwsp anda yer....Duduk kat rumah pun dah boleh cek...Kaannn



No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive