Pengikut Boyzzonne

Thursday, May 17, 2012

Google lancar Chrome Web Store

 Syarikat pembekal enjin pencarian Internet, Google Malaysia memperkenalkan Chrome Web Store, yang kini boleh disertai oleh pembangun aplikasi tempatan bagi memperkenalkan produk masing-masing pada orang ramai menerusi Google Chrome.

melalui Chrome Web Store, pembangun aplikasi seperti syarikat perniagaan boleh menyediakan aplikasi tersendiri bagi membolehkan pengguna menggunakan perkhidmatan mereka dengan lebih mudah.

“Melalui pengenalan ini, ia memudahkan pengguna tanpa perlu melayari laman web sedia ada yang kadang kala agak rumit serta melibatkan proses yang panjang.

kebanyakan aplikasi yang terdapat di dalam Chrome Web Store itu boleh dimuat turun secara percuma oleh orang ramai.

Menurut beliau, aplikasi oleh pembangun tempatan bukan sahaja boleh digunakan oleh rakyat di negara ini tetapi juga terbuka kepada pengguna di setiap pelosok dunia.

Bagi menggunakan aplikasi tersebut, orang ramai terlebih dahulu perlu muat turun Google Chrome di laman web http://google.com/chrome sebelum mereka melayari Chrome Web Store

Sumber : utusan.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive