Pengikut Boyzzonne

Showing posts with label Ella. Show all posts
Showing posts with label Ella. Show all posts

Sunday, July 8, 2012

Ella sah jadi isteri Azhar


AZHAR HUSAINI menyarungkan cincin pada jari Ella selepas mereka diijabkabulkan di Klang 

KLANG - Ratu rock negara, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminuddin, 46, sah bergelar isteri kepada seorang juruterbang syarikat penerbangan Firefly, Azhar Husaini Ghazali, 31, dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan mereka di sini malam tadi.
Pasangan itu ditunangkan pada pukul 10 malam sebelum majlis akad nikah kira-kira 30 minit kemudian yang diuruskan oleh Penolong Pendaftar Nikah Telok Gadong, Baharuddin Abu Bakar.
Pada majlis yang berlangsung di rumah abangnya, Mohd. Noor Izam, Ella menerima mas kahwin berjumlah RM50,300 manakala wang hantaran dirahsiakan.
Rombongan lelaki membawa lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pihak perempuan.Ella ketika ditemui malam tadi bersyukur kerana majlis tersebut yang dihadiri kira-kira 1,000 tetamu berjalan lancar.

Gambar pernikahan Ella, Azhar


Ella (46) sah bergelar isteri kepada pilot Firefly, Azhar Ghazali (30-an) dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan / perkahwinan mereka diadakan di rumah keluarga Ella di Teluk Gadung, Klang kira-kira pukul 10.30 malam Sabtu, 7 Julai 2012.

Ella dan Azhar sebelum itu telah ditunangkan sebelum majlis akad nikah bermula. Pengantin perempuan menerima RM50,300 sebagai mas kahwin berserta tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.


Saturday, July 7, 2012

Ratu Rock Ella, Azhar selamat diijab kabul


Ratu Rok Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, 46, mengakhiri zaman bujang dan malam ini sah bergelar isteri kepada juruterbang Firefly, Azhar Husaini Ghazali, 30.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Telok Gadong, Baharudin Abu Bakar manakala abang sulung Ella, Mohd Nor Izam Aminuddin bertindak sebagai wali.
Dengan hanya sekali lafaz, pasangan ini yang berkenalan sejak sembilan tahun lalu sah bergelar pasangan suami isteri.
Majlis pernikahan kedua-dua mempelai ini berlangsung di rumah keluarga Ella di Telok Gadong di sini kira-kira jam 10.35 malam ini.
Majlis yang diadakan dalam suasana sederhana namun meriah, dihadiri kira-kira 200 jemputan terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua-dua pihak.
Pengantin perempuan menerima RM50,300 sebagai mas kahwin dan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang daripada pihak perempuan. Antara barang hantaran yang diberi adalah kek, set minyak wangi, dan cincin.

Penyanyi kelahiran Gelugor, Pulau Pinang ini tampil anggun mengenakan busana rekaan Syaiful Baharim.
Majlis resepsi pasangan pengantin baru ini dijangka diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, 1 Disember ini.

Ella dikatakan sudah mengenali Azhar sejak sembilan tahun lalu dan hubungan mereka hanya serius semenjak tiga tahun lepas.

Gambar Sekitar PerkahwinaN Ratu Rock - Ella Kahwin





Perkarangan rumah Ella



Wajah Ella saat disolek



Siap ada lori laksa dan cendol di hadapan rumah Ella



Tempat makan beradab dilakukan di luar halaman rumah



Petugas sedang membetulkan elekrtik rumah Ella yg terpadam



Antara tetamu yg hadir



Lebih 30 minit rumah pengantin perempuan bergelap









Kredit: facebook.com/mediahiburan



















Ella Kahwin esok dengan Hantaran Rm50,000


penyanyi yang popular dengan lagu Sembilu itu sepanjang hari sibuk membuat persiapan pernikahan. Difahamkan, Ella berkunjung ke butik pereka busana Syaiful Baharim untuk membuat pengubahsuaian terakhir pada busana yang akan disarung. 
Ella juga dikatakan menyempurnakan amalan berinai, semalam. 

Kakak Ella, Saidatul Nisa ketika dihubungi HIP mengakui, Ella terlalu sibuk menguruskan persiapan akhir hingga tidak sempat melayan panggilan media. 

Saidatul Nisa berkata, sebagai kakak, dia gembira dengan niat adiknya mendirikan rumah tangga. Dia dapat melihat kegembiraan pada wajah Ella yang bakal bergelar raja sehari. 

Malah seluruh ahli keluarga turut tumpang gembira dan menerima jodoh Ella. 

“Alhamdulillah Ella bertemu jodoh. Memang kalau boleh, dari dulu dia mahu berumah tangga tetapi belum ada rezeki. Mungkin baru sekarang Tuhan hendak menemukan jodohnya,” katanya.  

ESOK bermulalah lembaran baru dalam hidup penyanyi rock wanita negara, Ella Aminuddin, 46. Mengucapkan selamat tinggal kepada zaman solo, Ella dijangka bernikah dengan lelaki pilihan, Azhar Ghazali yang juga seorang juruterbang Firefly, selepas solat Isyak. 
Lebih manis, demi memenuhi permintaan ibu Yang Asmah Yong, 85, yang sudah lama berharap Ella bertemu jodoh, acara akad nikah akan berlangsung di rumah keluarga di Teluk Gadong, Klang. 

HIP diberitahu, pada majlis dirancang, pihak lelaki akan menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang serta wang hantaran yang dianggarkan bernilai RM50,000. 

Walaupun jodoh tiba ketika usia mencecah 46 tahun, keluarga Ella gembira akhirnya penyanyi itu bertemu pasangan hidup. 



Majlis persandingan Ella dan Azhar dijangka diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 1 Disember depan. 

PROFIL 

Nama: Norzila Aminuddin 
Lahir: 31 Julai 1966 di Gelugor, Pulau Pinang 
Pendidikan: Sekolah Menengah Perempuan Tunku Ampuan Rahimah, Klang.

SHARE THIS

Blog Archive