Pengikut Boyzzonne

Showing posts with label Helikopter. Show all posts
Showing posts with label Helikopter. Show all posts

Sunday, July 22, 2012

Helikopter tentera Brunei terhempas, 12 maut


Sebuah helikopter tentera udara Brunei terhempas lewat semalam menyebabkan 12 orang terbunuh.
Mangsa yang terbunuh kebanyakan merupakan kadet tentera yang dalam perjalanan pulang selepas latihan.
Kenyataan Kementerian Pertahanan Brunei berkata, helikopter Bell 212 terhempas di kawasan Ulu Belait ketika dalam perjalanan ke Bandar Seri Begawan.
Dua lagi masih hilang manakala dua yang lain cedera, kata kementerian itu.
Bagaimanapun laporan terbaru menyebut bilangan yang terkorban meningkat kepada 12 orang.
"Kami dapati 12 terbunuh dalam nahas ini. Dua kadet tentera terselamat," kata jurucakap tentera udara Brunei, Norudin Salleh kepada AFP.
Kenyataan Kementerian Pertahanan menyebut keadaan dua yang terselamat stabil.
Helikopter Bell 212 membawa 14 orang termasuk juruterbangnya.  Punca kejadian masih belum diketahui.
Sulten Brunei Sultan Hassanal Bolkiah menziarahi dua kadet terselamat, yang sedang dirawat di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

Dua mayat ditemui, satu masih hilang - Helikopter terhempas di Sarawak


Mayat dua daripada tiga penumpang helikopter jenis Eurocopter EC 120 yang terhempas di muara Batang Lupar berhampiran Sungai Tereso dekat Sebuyau kelmarin ditemui dalam keadaan masih sempurna semalam.
Mayat juruukur, Siti Khuzaimah Anuar, 27, yang berasal dari Kuching, ditemui pada pukul 9.20 pagi oleh nelayan tempatan di perairan Sungai Tereso berhampiran Muara Batang Lupar kira-kira satu jam perjalanan menggunakan bot laju dari lokasi kejadian.
Ketika ditemui, wanita itu lengkap berpakaian tanpa jaket keselamatan. Mayatnya dibawa ke Sebuyau pada pukul 11.10 pagi.
Sementara itu, mayat jurutera Sebiro Holdings, Peter Ato Mayau, 53, dijumpai tersangkut pada akar kayu di muara Sungai Tebelu oleh pasukan penyelamat pada pukul 2 petang.
Lelaki itu yang ditemui dengan hanya memakai baju putih tanpa lengan, berseluar dalam dan berstoking dipercayai menanggalkan pakaian lain bagi memudahkan dia berenang untuk menyelamatkan diri. Difahamkan, muka dan tangan kanan mangsa seperti melelas dipercayai kesan gigitan ikan.
Seorang lagi mangsa yang masih hilang ialah arkitek, Henry Lau Tee Yong, 42. Sehingga pukul 5.30 petang semalam, mayat lelaki itu belum ditemui.
Kosmo! semalam melaporkan sebuah helikopter milik seorang ahli korporat tempatan yang membawa empat penumpang dan seorang juruterbang warga Jerman terhempas.
Dalam kejadian itu, juruterbang Rico Steger, 35, terselamat manakala tiga mangsa lain termasuk seorang wanita hilang.
Steger terselamat selepas terapung sebelum dibawa arus Laut China Selatan selama empat jam, kira-kira 20 kilometer dari lokasi terhempas. Dia diselamatkan oleh sekumpulan nelayan tempatan di Sungai Kampung Tebelu.
Ketika kejadian, helikopter itu baru berlepas kira-kira 20 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Ia dalam penerbangan ke Nanga Merit, Kapit dipercayai untuk melawat projek bagi sebuah sekolah di kawasan itu.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Law Hong Soon yang berada di Sebuyau bagi mengetuai operasi mencari dan menyelamat mengesahkan penemuan dua mayat tersebut yang kemudian dihantar ke Hospital Simunjan untuk bedah siasat.
“Operasi masih diteruskan untuk mencari seorang lagi mangsa yang hilang,” katanya di sini semalam.
Gerakan mencari dan menyelamat disertai oleh pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Simunjan dan IPD Sri Aman; Maritim Malaysia; Tentera Udara Diraja Malaysia; Bomba dan Penyelamat serta Ikatan Relawan Rakyat Malaysia.

Friday, July 20, 2012

Helikopter Terhempas Di Sarawak : Juruterbang Selamat, 3 Penumpang Masih Hilang


Sebuah helikopter jenis Eurocopter EC 120, milik Sebiro Holdings, dalam penerbangan ke Nanga Merit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA), dilaporkan terhempas dekat Muara Sungai Lingga, Sri Aman, pada Jumaat.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, ketika

SHARE THIS

Blog Archive