Pengikut Boyzzonne

Showing posts with label RAgam Manusia. Show all posts
Showing posts with label RAgam Manusia. Show all posts

Friday, July 20, 2012

Drama Dua warga emas gagal


KERJA-KERJA pengosongan rumah milik sepasang warga emas di Lintang Sungai, George Town terpaksa dilakukan semalam
walaupun pelbagai halangan dihadapi.

Drama sepasang warga emas berpura-pura diserang sakit jantung dan melepaskan 20 ekor anjing bagi menghalang rumahnya di Lintang Sungai di sini dikosongkan tidak menjadi apabila mereka akhirnya akur dengan perintah mahkamah semalam.

Kediaman wanita berusia 60-an bersama suaminya itu terpaksa dipecah masuk pihak Bailif Mahkamah Sesyen Balik Pulau setelah hampir setengah jam mereka enggan memberi kerjasama supaya mengosongkan rumah tersebut.
Tindakan tersebut diambil berikutan pasangan terbabit enggan mematuhi keputusan Mahkamah Sesyen selepas dua kali menerima notis mengosongkan premis pada Mei lalu.
Difahamkan, rumah yang dihuni suami isteri itu sejak lebih 20 tahun lalu telah dijual kepada individu lain pada harga yang tinggi secara tunai beberapa tahun lalu tetapi mereka masih enggan berpindah.

Sunday, July 1, 2012

3 anak ketua polis kahwin serentak


MOHD. IRFAN (dua dari kiri), Mohd. Hafiz (empat dari kiri) dan Mohd. Fariz (tiga dari kanan) bersama pasangan masing-masing memotong pulut sambil disaksikan Che Aziz (kanan) dan Zaleha (kiri) pada majlis persandingan di Balai Polis Batu Melintang, Jeli

Tiada apa yang lebih menggembirakan kepada sepasang suami isteri apabila melihat tiga anak mereka bersanding serentak pada satu

Pemandu peribadi ada Syiling lama berusia 278 tahun

Warga emas ini bukanlah seorang pengumpul barangan antik mahupun menjadikan pengumpulan syiling lama sebagai hobi.

Namun, dia merasa terpanggil untuk berkongsi, mengenai sekeping syiling yang berada

Thursday, June 28, 2012

Mia perkasa - 15 minit main tarik2 lawan kudrat mak nyah

Dua anggota polis dan seorang penguat kuasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) terpaksa berhempas pulas hampir 15 minit sebelum dapat menyaingi kudrat seorang mak nyah yang cuba
meloloskan diri, dalam Operasi Bersepadu di Kompleks Asia City, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2 pagi itu, pondan terbabit yang berusia 22 tahun bersama seorang rakannya dihampiri dua anggota polis yang ingin menyoal siasatnya ketika menunggu pelanggan di tempat parkir kenderaan berhampiran kawasan itu.



Sebaik dihampiri polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu itu, mak nyah terbabit cuba melarikan diri dan mula bertindak agresif dengan meronta-ronta apabila hendak ditahan.

Biarpun cuba ditenangkan, mak nyah tetap berkeras dan masih cuba melarikan diri sehingga berlaku pergelutan dengan dua anggota polis yang cuba menahannya.

Insiden tarik menarik, pergelutan itu berlarutan hingga ke tengah jalan raya berhampiran Kompleks Asia City.

Saturday, June 16, 2012

Patah tangan dukung adik - kesiannya

Walaupun badannya kecil namun dia beria-ia hendak mendukung adik bongsunya.
“Tetapi, dia tidak mampu menampung berat adiknya sebelum tersembam dan patah tangan,” kata Osman Mohammad, 39, bapa Nor Fatihana Osman, 6, yang patah tangan kiri selepas terjatuh berikutan gagal menampung berat badan adiknya .

Dalam kejadian jam 8.30 malam di rumah mereka di Kampung Seberang Marang pada 8 Jun lalu, Nor Fatihana bermain bersama adik bongsunya, Nor Khalisa Damia, 2, sebelum cuba mendukung adiknya yang berat lebih 10 kilogram.
Malangnya, tidak sampai seminit mendukung saudara kandungnya itu, Nor Fatihana yang tidak larat menampung berat adiknya gagal mengawal keseimbangan badan sebelum kedua-duanya tersembam di atas lantai.

Tangan kiri Nor Fatihana patah dalam kejadian itu manakala anak bongsunya tidak cedera.

Menurutnya, ketika kejadian dia tiada di rumah, tetapi bergegas pulang sebaik dimaklumkan isteri mengenai insiden berkenaan.
“Saya membawa Nor Fatihana berjumpa dengan tukang urut tradisional sebelum membawanya ke HSNZ untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Bapa tiga anak itu berkata, tangan Nor Fatihana yang patah disimen dan mungkin memerlukan masa sebulan untuk pulih.

Tekan readmore kalau nk tengok gambar kakak yg syg adik dia....


Tuesday, October 11, 2011

Isteri Dingin Gigit Telinga




Gigit Telinga Suami Tua

CEDERA...Chong menunjukkan telinga Chin yang luka digigit isterinya.

KUALA LUMPUR: Hanya kerana enggan bermesra di ranjang, seorang pemandu teksi cedera di telinga kiri akibat digigit selain diugut akan dipotong alat kelamin oleh isterinya dalam kejadian, 3 Oktober lalu.
Lebih mengejutkan, mangsa dikenali sebagai Chin Weng Seng, 61, turut disembur racun serangga dan minyak gamat di bahagian mata oleh pasangannya itu.

Menurut Weng Seng, isterinya yang dikenali sebagai Le Thi Quang, 29, warga Vietnam turut mengancam mengatakan dirinya menghidap HIV positif dan akan menyebarkan virus berkenaan kepadanya.
“Pada malam kejadian, saya mengajak isteri bermesra sebelum dia menggigit telinga kerana enggan melayani kehendak saya.

“Setelah menggigit telinga kiri saya hingga berdarah, dia mengamuk sambil mengugut mahu memotong alat kelamin saya dengan menggunakan gunting sambil menjerit menyatakan dia menghidap HIV positif.

“Keesokannya, saya mendapati Thi Quang melarikan diri dari rumah dan segala barangan peribadinya dibawa bersamanya,” katanya ketika ditemui di Wisma MCA, di sini, semalam.
Menurutnya, sepanjang tiga bulan mereka berkahwin, wanita terbabit enggan membenarkan dia memasuki rumah selepas pulang dari kerja sehingga terpaksa bermalam di dalam teksi saja.

Difahamkan, mangsa berkahwin dengan isterinya yang juga warga Vietnam itu melalui agensi cari jodoh yang mengenakan bayaran sebanyak RM18,000.
Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, pihaknya menerima lima kes aduan berkaitan masalah perkahwinan membabitkan wanita warga asing sejak tahun lalu.

“Kes kali ini mungkin yang paling teruk setakat ini apabila mangsa cedera selain menerima ugutan daripada wanita berkenaan.

“Bulan lalu, kami turut menerima aduan seorang lelaki berusia 31 tahun yang mengahwini wanita warga Vietnam berusia 20-an juga melalui agensi cari jodoh dan menghadapi masalah serupa.

Ibu Jual Empat Anak


Emak Gian Jual 4 Anak

CHUKAI: Bukan saja tergamak ‘menjual’ empat daripada tujuh anaknya kepada keluarga lain untuk dijaga, seorang wanita yang terdesak mendapatkan sumber kewangan selepas berpisah dengan suaminya kira-kira empat tahun lalu, tergamak memperdagangkan tubuhnya bagi mendapatkan wang untuk menyara keluarganya.
Sumber berkata, lebih menyedihkan apabila ibu tunggal berusia 37 tahun terbabit yang turut menagih pelbagai jenis dadah bertindak keterlaluan apabila menurunkan ilmu dan pengalamannya menjual tubuh kepada anak gadisnya yang berusia 16 tahun.
“Selain mengajar anak perempuannya menjual tubuh, wanita terbabit menjadikan gadis itu yang berhenti sekolah ketika di tingkatan satu sebagai rakan penagih apabila mereka melepaskan gian dadah bersama ketika di rumah.

“Sebagai jalan mudah mendapatkan bekalan dadah, dua beranak terbabit menerima bahan terlarang itu sebagai menggantikan bayaran perkhidmatan seks ketika bersama pasangan masing-masing,” kata sumber itu.


Kegiatan dua beranak terbabit terbongkar apabila rumah mereka diserbu sepasukan anggota polis yang menjalankan Ops Tapis di Kampung Dusun Nyior..

SHARE THIS

Blog Archive