Pengikut Boyzzonne

Showing posts with label Renjatan elektrik. Show all posts
Showing posts with label Renjatan elektrik. Show all posts

Tuesday, July 24, 2012

Kepala berasap - Galah tersangkut Kabel elektrik


DI SINI...Khairul Anuar menunjukkan tempat Riduan terkena renjatan elektrik di Kampung Kroh, Tapah, 

“Dia menggelupur hampir tiga minit ketika badannya terkena renjatan elektrik dan saya nampak kepala serta tubuhnya berasap,” kata Mohd Faizal Abdul Aziz, 23, yang melihat rakannya, Riduan Hashim, 31, terkena renjatan elektrik ketika mengait buah kelapa berhampiran rumahnya di Kampung Kroh, Batang Padang, Tapah.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, batang galah aluminium yang

Thursday, May 31, 2012

Lembik disambar Karan -Anak maut main air

Lembik disambar karan
Melihat tubuhnya lembik dengan air liur meleleh, saya mengerah kudrat mengangkatnya keluar dari situ (takungan air) biarpun pada awalnya saya juga tidak bermaya kerana turut disambar renjatan (elektrik) sebelum memangkunya di atas jalan.”
Begitu cerita Massari Muhammad, 35, bapa Mariam Najwa, 9, yang meninggal dunia dipercayai terkena renjatan elektrik ketika bermain dalam takungan air berhampiran tiang elektrik kira-kira 20 meter di depan rumahnya.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari semalam di Kampung Gedung Lalang, Bukit Rambai, murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Rambai berkenaan bersama adiknya, Muiz Asyraf, 3, bermain di tempat air bertakung itu sebelum rebah dipercayai terkena renjatan elektrik.

Dia mengetahui insiden malang menimpa anak perempuan tunggalnya itu selepas dimaklumkan jiran yang melihat anaknya terbaring dalam air.

BERTAKUNG...Md Afizi menunjukkan tempat mangsa ditemui.

PILU...Massari ditenangkan ahli keluarga selepas keluar dari bilik mayat Hospital Melaka, semalam.
Massari ditenangkan ahli keluarga selepas keluar dari bilik mayat Hospital Melaka

SHARE THIS

Blog Archive