Seorang guru al-Quran, Che Hasnah Che Ahmad yang dicerai talak satu oleh bekas suaminya, Yahaya Ibrahim kerana perbezaan parti politik kelmarin bertekad tidak mahu rujuk semula dengan lelaki itu.
Menurut Che Hasnah, 61, dia lebih senang duduk sendirian daripada asyik bertengkar mengenai politik dengan Yahaya, 78.
“Saya dah tak nak kalau dia nak rujuk. Selepas bercerai, saya lebih senang untuk buat apa sahaja dan nak pergi ke mana sahaja yang saya suka.
“Ketika berkahwin dengannya dulu pun kami menetap di rumah saya dan saya akan terus tinggal di sini serta melakukan aktiviti yang saya buat dari dulu lagi iaitu mengajar al-Quran,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Dalam pada itu, Che Hasnah turut menyatakan bahawa dia ma


.jpg)




