Pengikut Boyzzonne

Tuesday, October 19, 2010

Kawasan perkuburan

Ali dan Abu baru pulang dari bandar. Untuk sampai ke kampung, mereka terpaksa melalui jalan pintas yg bersebelahan sebuah kawasan perkuburan. Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu dan dalam sayup-sayup malam mereka terdengar bunyi ketukan dari kawasan perkuburan itu.....

Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datang bunyi itu. Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kubur dan ternampak seorang orang tua sedang mengetuk batu nisan menggunakan tukul besi dan pahat....

Ali dan Abu bersuara
''Fuuuuuhhhhh...... Ingatkan pakcik ni hantu tadi, buat kami terkejut aje."

Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya:
"Apa yang pakcik buat malam-malam buta kat kubur ni??"

Tiba-tiba lelaki tua itu menjawab:
Bodoh!! Dia orang salah eja nama aku!".........

Thursday, October 14, 2010

Temuduga



Dalam satu temuduga di Negeri Sembilan, pengurus besar bertanya kepada pemuda yang memohon kerja sama ada dia mempunyai sebarang kebolehan luar biasa.

Pemuda: Ado tuan, ese selalu monang pertandingan toko silang kato, slogan terbaik dengan cari perbezaan gambar.

Pengurus besar: Bagus tu. Tapi, maksud saya ialah yang dilakukan dalam waktu bekerja.

Pemuda: Jangan risau tuan, memang semuo silang kato, slogan dengan cari perbezaan gambar ese buek maso time kojo....

SHARE THIS

Blog Archive