Ali dan Abu baru pulang dari bandar. Untuk sampai ke kampung, mereka terpaksa melalui jalan pintas yg bersebelahan sebuah kawasan perkuburan. Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu dan dalam sayup-sayup malam mereka terdengar bunyi ketukan dari kawasan perkuburan itu.....
Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datang bunyi itu. Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kubur dan ternampak seorang orang tua sedang mengetuk batu nisan menggunakan tukul besi dan pahat....
Ali dan Abu bersuara
''Fuuuuuhhhhh...... Ingatkan pakcik ni hantu tadi, buat kami terkejut aje."
Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya:
"Apa yang pakcik buat malam-malam buta kat kubur ni??"
Tiba-tiba lelaki tua itu menjawab:
Bodoh!! Dia orang salah eja nama aku!".........
Showing posts with label lawak jenaka. Show all posts
Showing posts with label lawak jenaka. Show all posts
Tuesday, October 19, 2010
Kawasan perkuburan
Labels:
lawak,
lawak bodoh,
lawak jenaka,
lawak melayu
Thursday, October 14, 2010
Temuduga

Dalam satu temuduga di Negeri Sembilan, pengurus besar bertanya kepada pemuda yang memohon kerja sama ada dia mempunyai sebarang kebolehan luar biasa.
Pemuda: Ado tuan, ese selalu monang pertandingan toko silang kato, slogan terbaik dengan cari perbezaan gambar.
Pengurus besar: Bagus tu. Tapi, maksud saya ialah yang dilakukan dalam waktu bekerja.
Pemuda: Jangan risau tuan, memang semuo silang kato, slogan dengan cari perbezaan gambar ese buek maso time kojo....
Labels:
lawak,
lawak antarabangsa,
lawak bodoh,
lawak jenaka,
lawak melayu,
lawak temuduga
Sunday, October 10, 2010
Gila ke tak ??
Seorang psikiatris menguji tahap kesihatan pesakitnya dengan meminta mereka terjun bergilir-gilir ke dalam sebuah kolam renang yang dikeringkan airnya....Pesakit pertama: Muluk,terjun tanpa banyak soal.
Pesakit kedua: Muthu, menutup hidung,memejam mata dan terus terjun.
Bagaimanapun pesakit ketiga, Man enggan terjun. Apabila di suruh berkali-kali....
Man berkata: walau apapun tetap tak nak!!!
Puas dipujuk, dia tetap tegas dengan keputusannya... Psikiatris itu gembira mendapati Man sudah sembuh....
''Boleh saya tahu kenapa awak tak nak terjun??? tanya psikiatris itu lagi.
''Encik tak nampak ke airnya sejuk sangattttt!'' balas man
''Ooooohhhhhhhhh,....gila lagi rupanya!'' kata psikiatris itu sendirian....
iatris itu sendirian.
Labels:
gambar lucu,
lawak,
lawak antarabangsa,
lawak bodoh,
lawak jenaka,
lawak melayu
Thursday, October 7, 2010
Matahari

Ada dua orang pak cik yang sedang berbual disebuah rumah di Soromban,Nogori Sombilan.
Pak cik 1: (Sambil naik ke atas meja) Ekau tau tak??
Pak cik 2: Tau apo??
Pak cik 1: Ese ni sebona eh matohari (sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi). Ekau tengok, dunia ni torang sobab ese..
Pak cik 2: (Dalam hati) Jangan-jangan dio ni dah gilo.. Isyy, bahayo ni.....baiklah ese lapor'an pado doktor. Bia di perikso'an. (sambil berlari, pak cik nombor 2 tadi pergi ke klinik dan menceritakan apa yang berlaku pada doktor.)
Pak cik 2: Doktor, kawan ese tu mungkin dah gilo!!
Doktor: Kenapa pak cik cakap macam tu??
Pak cik 2: Boto doktor. Tadi dio naik atas mejo, lopeh tu angkek tangan dan cakap dio sebona eh matohari. Dunio ni torang sobab dio yang buek.
Doktor: Kalau macam tu, suruh kawan pak cik tu turun!!
Pak cik 2: Jangan doktor,nanti kalau dio turun golap dunio ni pulak....
kuang,kuang,kuanggggg......
Labels:
lawak,
lawak antarabangsa,
lawak bodoh,
lawak jenaka,
lawak melayu
Monday, October 4, 2010
Tersalah Nombor

Malam itu seorang gadis remaja tidak sempat balik ke rumah seperti yg dirancangkan. Jadi, dia menumpang tidur dirumah kawan baiknya.
Keesokan paginya, tergopoh-gopoh gadis itu menelefon ibunya. Dengan suara termengah-mengah si gadis memberitahu ibunya.....
''Mak.... Ni saya....Lisa. Saya selamat. Saya tau mak risau. tapi malam tadi saya tak sempat nak balik dan tak sempat telefon mak... Lepas balik library, kereta saya rosak pulak. Saya terus ikut Shima balik rumah dia, sampai sini dah pukul 12..00 malam. Saya tau mak dah tidur, jadi saya tak nak kacau mak. Saya terus buat tugasan kolej sampai pukul 2.30 pagi. Mak jangan marah ye....''
Wanita yg menerima panggilan telefon tu tadi baru sedar, si pemanggil ni telah tersalah nombor. Lalu dia pun berkata, ''Maaf ye, mak cik tak ada anak nama Lisa!''
Lisa terus meraung dan berkata, ''Mak........ takkanlah sebab macam ni pun mak nak buang anak sendiri!''...........
Labels:
lawak,
lawak antarabangsa,
lawak bodoh,
lawak jenaka,
lawak melayu
Thursday, September 30, 2010
Doktor Dan Pesakit
Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an menemui doktor utk meminta nasihat dari doktor tersebut tentang bagaimana utk hidup hingga 100 tahun.''Encik merokok?'' tanya doktor.
''Tidak...'' jawab lelaki itu.
''Berjudi? bersukan? Main kuda?..
''Juga tidak.''
''Mengambil alkohol? main perempuan?'' tanya doktor tu lagi.
''Tidak, saya tak pernah melakukan semua itu.''
''Kalau dah gitu... Apalah gunnya nak hidup sampai 100 tahun?''
Labels:
gambar lucu,
lawak,
lawak antarabangsa,
lawak bodoh,
lawak hospital,
lawak jenaka,
lawak melayu
Katak hijau (Oh katak)

Fatin dan Tina yang tersesat ketika mendaki Gunung Ledang, telah terjumpa sebuah gua semasa mereka merayau-rayau untuk mencari jalan keluar. Fatin dan Tina pun masuk ke dalam gua itu.
Baru nak masuk, tiba-tiba muncul satu lembaga hitam dan berkata dengan suara yang sangat kuat.
Kata suara itu.... jeng jeng jeng......
''Heiiiii....manusia!!!!!!!!! Akulah penjaga gua ini. Hati-hati kalau masuk gua ni, sebab dalam gua ni ada katak hijau, nanti kau dapat suami tak hensem. Hahahahhaahahahaha!!!''
Selepas berkata demikian, Zuupppp.... lembaga itu terus lenyap. Entah apa bala, sewaktu berjalan dalam gua tersebut, tiba-tiba........
KROOOONGGGG!!!!
Fatin telah terpijak seekor katak hijau. Maka menjeritlah katak hijau tu..
Sempena Hari Valentine's, 14 Feb 2007 lalu. Fatin dan Tina pun dikahwinkan dengan lelaki pilihan keluarga masing-masing. Suami Fatin punyalah tak hensem (jongos habis). Tapi suami Tina hensem sangat-sangat. Macam Hans Isaac.
Fatin tak puas hati, lalu Fatin pun bertanya kepada suami Tina.
Kata Fatin...
Dia lebih cantik daripada Tina, berganda-ganda lebih cantik, tapi kenapa awak kahwin dengan Tina??
Jawab suami Tina....
''NAK BUAT MACAM MANA???? DULU SAYA PUN TERPIJAK KATAK HIJAU TU.......!!!!!!!''
Labels:
gambar lucu,
lawak,
lawak antarabangsa,
lawak bodoh,
lawak jenaka,
lawak melayu
HARI JADI

Seorang lelaki dengan tergesa-gesa telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya.
''Apa yang nak ditulis diatas kek hari jadi ni Encik,'' tanya seorang gadis yang bertugas dikaunter.
''Mmm...Tulis je 'Sayang tidak bertambah tua' di bahagian atas, kemudian ' sayang bertambah cantik' dibahagian bawah,'' katanya.
Esoknya,lelaki tersebut datang mengambil kek yang ditempah itu dan terus membawanya pulang ke rumah untuk dipersembahkan pada isterinya yang tersayang, dalam satu majlis yang gilang-gemilang. Ketika kek itu dibuka di depan isteri,anak-anak dan 50 orang tetamu undangan, lelaki itu terus pengsan. Kemudian, isteri lelaki itu pula pengsan kerana di atas kek itu tertulis perkataan.........
'SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGAN ATAS , CUMA BERTAMBAH CANTIK DIBAHAGIAN BAWAH.'
Labels:
gambar lucu,
lawak antarabangsa,
lawak bodoh,
lawak jenaka,
lawak melayu
Wednesday, September 29, 2010
''BERAT BERSIH 50 KG''
Disebuah kampung yang terpencil di sebuah Negeri, tinggallah seorang lelaki miskin bersama dengan ibunya. Lelaki miskin tersebut ingin melangsungkan perkahwinannya dengan gadis sekampung, tapi malangnya... Kesemua pakaiannya koyak dan bertampal-tampal. Malah seluar dalamnya pun berlubang-lubang kerana terlalu lusuh.Kasihan melihat keadaan anak bujangnya itu, si ibu pun membuatkan sehelai seluar dalam dengan menggunakan guni beras. Pada malam pertama selepas dinikahkan, isteri lelaki tersebut telah mati terkejut sebab terpandang kat seluar dalam suaminya itu tertulis.... ''BERAT BERSIH 50kg''...........
huahhhh,huahhhh,huahhhhh.....
Labels:
lawak,
lawak antarabangsa,
lawak bodoh,
lawak jenaka,
lawak melayu
Monday, September 20, 2010
Suami dan isteri

Sepasang kekasih merancang utk berkahwin. Semakin hari istimewa itu bertambah dekat, kedua duanya semakin risau. Suatu hari, si lelaki meminta nasihat daripada ayahnya tentang satu masalah.
''Ayah, kata lelaki itu yang bernama daus, ''saya risaukan perkahwinan saya. Saya sayang Tijah, tapi saya ada masalah. Kaki saya ni busuk sangat. Saya takut masalah ini akan menghancurkan perkahwinan kami.''
''Jangan risau,'' jawab si bapa. ''Apa yang perlu Daus buat ialah cuci kaki bersih bersih dan pakai stoking sebelum tidur.''
Tanpa diketahui oleh Daus,rupa rupanya Tijah pun ada masalah juga. Tijah mengadu pada ibunya. ''Mak,bila Tijah bangun tidur,mulut Tijah bau busuk. Macam mana,mak?? Tijah takut masalah ini akan menyebabkan Abang Daus marah dan akhirnya,kami bercerai.''
''Jangan risau, Tijah ,'' jawab ibunya'' semua orang mulutnya berbau bila bangun tidur, Cuba Tijah buat macam ni: Bangun saja dr tidur,Tijah terus pergi gosok gigi. Jangan cakap sepatah pun sebelum Tijah berus gigi. Ingat pesan mak tu, tau!!.
Seminggu kemudian,Daus dan Tijah pun berkahwinlah. Siap berkompang kompang lagi.Karoke pun ada juga. Semuanya berjalan lancar daus dan Tijah sentiasa ingat pesan mak dan ayah. hinggalah pada suatu pagi enam bulan kemudian.
Pagi itu,sebaik terjaga dari tidur, Daus mendapati sebelah stokingnya hilang. Daus terfikir, mungkin semalam dia terlupa memakainya semula selepas menggaru kaki yang digigit nyamuk.
Daus pun mencari cari di sekeliling katil.Sambil mencari,hidung Daus kembang kuncup sebab bau hapak mula meruwap dari kakinya.
Tindakan Daus menyelak nyelak cadar,selimut,dan bantal itu telah mengejutkan Tijah,Tijah terjaga,dan dengan panik dia terus bertanya, ''Apa yang abang buat tengah malam ini?''
Man terkejut.Dia memandang mulut Tijah dan berkata, ''alamak!! kenapa awak makan stoking saya.
huah,huah,huah,
Labels:
gambar lucu,
lawak,
lawak antarabangsa,
lawak bodoh,
lawak jenaka,
lawak melayu
Kereta Kemik, Tiup ekzos

Shah baru habis bermain bola sepak dan berjalan menuju ke kereta. Tiba di keretanya, Shah mendapati ada kesan kemik di sebelah pintu penumpang seperti dilanggar orang. Keesokan harinya, Shah membawa kereta itu ke bengkel.
Ah Beng yang sememangnya tahu akan kebendulan Shah, cuba mempermainkannya. Dia memberitahu, sekiranya Shah meniup melalui lubang ekzos keretanya, pintu yang kemik itu akan kembali dan keretanya akan kelihatan seperti sediakala.
Shah pun pulang ke rumah dan terus meniup melalui lubang ekzos keretanya. Phhhuuhhhhh,phhhhuuuhhh..!!!! Tiada apa apa yang berlaku. Shah meniup dengan lebih kuat lagi namun pintu keretanya yang kemik itu tidak juga kembung.
Teman serumahnya,Mamat keluar bertanya, ;;Apa hang buat tu??''
Shah pun menjelaskan pada Mamat,bagaimana Ah Beng si mekanik workshop telah mengarahkan untuk meniup melalui ekzos kereta supaya kemik di pintu keretanya kembung semula.
Mamat menepuk dahi...Dia ketawa berdekah dekah sambil berkata, ''awat la hang ni mangkuk sangat, Shah oiii...
Hang tutuplah semua cermin tingkap kereta hang ni dulu, barulah BOLeH.....
huah,huah,huah....
Sunday, September 19, 2010
Accident lah pulok!

Dalam hujan lebat,di malam gelap gelita,jalan tak berapa nampak,aku cari jalan mudah,ikut je kereta depan. Ada lah dalam setengah jam aku follow kereta tu..
Sekali kereta tu tiba-tiba brek emergency. Apa lagi aku tersondol la belakang kereta tu.
Aku turun dalam hujan lebat dan marah pemandu tu sebab berhenti mengejut..
tapi wajahnya nampak hairan sangat,mana taknya, sebab aku marah dia dalam garaj kereta dia!!!
Labels:
lawak accident,
lawak antarabangsa,
lawak bodoh,
lawak jenaka
Friday, September 17, 2010
Lara di Hotel Mewah

Lara datang ke sebuah kota besar untuk pertama kalinya. Dia check-in di sebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik yang Lara akan menginap.
Lara mengikuti langkah pelayan itu dan ketika pelayan itu menutup pintu,Lara melihat ke sekeliling dan marah-marah pada pelayan tersebut.
''Anak muda,aku mungkin tua dan orang kampung,tapi tidak berarti aku ni bodoh!! Aku membayar mahal utk tinggal di hotel ni tapi bilik ni bukan bilik yang sesuai dengan bayaran tu!!
Labels:
gambar lucu,
lawak,
lawak antarabangsa,
lawak bodoh,
lawak jenaka,
lawak melayu
Pemadam api Seperti Bom Tangan

Apabila beberapa orang pekerja sebuah restoran nasi kandar menghadiri satu seminar Kebakaran & keselamatan di Penang , mereka melihat pegawai bomba membuat demonstrasi memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api (fire extinguiser) dengan begitu berminat sekali..
"Cabut pin ni seperti mencabut pin bom tangan," pegawai itu menerangkan.
kemudian tekan di sini utk mengeluarkan foam,nya" terang pegawai itu dgn lebih lanjut.
Tidak lama kemudian ,seorang pekerja restoran nasi kandar berkenaan terpilih utk mengawal kebakaran di tempat letak kereta.
Disebabkan kegugupannya,dia terlupa utk mencabut pin alat pemadan api tersebut. Pegawai itu kemudiannya memberikan klu nya...
INGAT!, SEPERTI BOM TANGAN.". Seperti timbul satu keyakinan baru kepada pekerja restoran nasi kandar itu, ia pun dengan segera mencabut pin dan melontarkan alat pemadam api itu kedalam kawasan kebakaran tersebut.. Demikian adanya....
Subscribe to:
Posts (Atom)
SHARE THIS
Blog Archive
-
▼
2013
(256)
- ► July 7 - July 14 (1)
- ► June 30 - July 7 (1)
- ► June 23 - June 30 (1)
- ► June 2 - June 9 (1)
- ► May 26 - June 2 (6)
- ► May 19 - May 26 (16)
- ► May 12 - May 19 (3)
- ► May 5 - May 12 (6)
- ► April 28 - May 5 (28)
- ► April 21 - April 28 (29)
- ► April 14 - April 21 (13)
- ► April 7 - April 14 (66)
- ► March 31 - April 7 (14)
- ► March 10 - March 17 (2)
- ► March 3 - March 10 (10)
- ► January 27 - February 3 (10)
- ► January 20 - January 27 (11)
- ► January 6 - January 13 (17)
-
►
2012
(3468)
- ► December 30 - January 6 (15)
- ► December 16 - December 23 (128)
- ► December 2 - December 9 (61)
- ► October 28 - November 4 (75)
- ► October 21 - October 28 (155)
- ► October 14 - October 21 (147)
- ► October 7 - October 14 (103)
- ► September 30 - October 7 (156)
- ► September 23 - September 30 (214)
- ► September 16 - September 23 (223)
- ► September 9 - September 16 (206)
- ► September 2 - September 9 (168)
- ► August 26 - September 2 (151)
- ► August 19 - August 26 (128)
- ► August 12 - August 19 (94)
- ► August 5 - August 12 (198)
- ► July 29 - August 5 (159)
- ► July 22 - July 29 (106)
- ► July 15 - July 22 (79)
- ► July 8 - July 15 (90)
- ► July 1 - July 8 (95)
- ► June 24 - July 1 (78)
- ► June 17 - June 24 (127)
- ► June 10 - June 17 (71)
- ► June 3 - June 10 (14)
- ► May 27 - June 3 (70)
- ► May 20 - May 27 (47)
- ► May 13 - May 20 (5)
- ► May 6 - May 13 (3)
-
►
2011
(213)
- ► October 9 - October 16 (20)
- ► August 28 - September 4 (27)
- ► April 3 - April 10 (32)
-
►
2010
(39)
- ► August 22 - August 29 (10)
- ► August 1 - August 8 (8)




