Pengikut Boyzzonne

Sunday, July 15, 2012

Lima Telefon Bimbit PALING POPULAR Suatu Ketika Dulu

Jauh sebelum era iPhone, BlackBerry, dan Android, sudah ada banyak telefon bimbit yang muncul dan menguasai pasaran pada masa itu. Nah, siapa tahu anda lupa atau bahkan mungkin baru lahir pada masa itu, kita akan mengajak anda untuk bernostalgia, mengingat-ingat kembali lima telefon bimbit yang sangat popular pada masanya!


5. Nokia 3210

Tipis dan boleh diganti-ganti covernya, Nokia 3210 adalah salah satu handphone yang paling popular di masanya. Katanya ini juga merupakan salah satu handphone yang paling laku sepanjang masa. Nokia 3210 juga merupakan handphone pertama yang antenanya ada di dalam. Nokia 3210 begitu popular sehingga ada handphone yang terinspirasi dari HP ini.


4. Ericsson T10

Sebelum mereka bergabung dengan Sony, Ericsson ada melahirkan telefon bimbit sendiri. Salah satu yang paling popular adalah T10, dari jenis ‘flip’ yang berwarna-warni. Tapi berbeza dengan Nokia 3210, ‘cover’ mereka tidak boleh diganti-ganti. Jadi kalau anda mahukan koleksi semua warna, anda kena beli telefon bimbit tersebut!


3. Nokia 8210

Pada masanya, Nokia 8210 adalah handphone yang paling kecil dan paling mudah. Tersangat kecilnya, handphone ini agak sukar untuk berSMS, apatah lagi bagi yang mempunya jari bersaiz besar. Dulu harganya mahal dan cuma kawan-kawan kita yang bergaji besar sahaja mampu memilikinya.


2. Motorola RAZR…

Dulu Nokia memang HP yang paling popular. Tapi dari segi ‘design’, Nokia bukanlah yang paling ‘seksi’.

Di sinilah Motorola RAZR mengambil tempatnya. Dibandingkan dengan Nokia, ciri RAZR memang tidak sebagus HP-HP Nokia. Tapi dari segi bentuk, RAZR ini memang cantik. Tipis dan kesannya elegan .


1. Nokia 5110

Dan inilah handphone ‘sejuta umat’ yang pertama. Nokia 5110 adalah salah satu HP pertama yang covernya boleh diganti-ganti, jadi semua orang yang mempunyai HP ini boleh ada cover yang unik. Tapi ciri ganti-ganti cover ini sebenarnya biasa saja. Yang paling istimewa sebenarnya kerana Nokia 5110 mempunyai game Snake! Inilah mobile game yang popular zaman dulu, jauh sebelum eranya Angry Birds.

29 Suspek Ditahan, Dipercayai Makan Orang


Seramai 29 orang telah ditangkap di hutan Papua New Guinea selepas mereka didakwa membunuh tujuh orang yang disyaki sebagai bomoh ahli sihir sebelum anggota badan mangsa dimakan, minggu lalu.
Hanya mayat empat daripada tujuh mangsa berjaya ditemui, yang lain, kemungkinan besar telah dimakan.
Menurut pesuruhjaya polis Madang, Anthony Wagambie, otak mangsa dimakan secara mentah manakala buah zakar mereka dimasak sup.
“Mereka tidak rasa perbuatan mereka itu salah malah mereka membuat pengakuan secara terbuka,’’ katanya.
Wagambie berkata, suspek mendakwa mangsa mengamalkan `sanguma’ atau sihir dan mangsa dikatakan mengugut penduduk miskin supaya menyerahkan wang atau seks di atas khidmat yang mereka sediakan.
Justeru dengan makan organ bomoh terbabit, suspek percaya mereka akan menjadi kebal dan tidak tembus peluru.
Kesemua suspek termasuk wanita itu telah didakwa melakukan pembunuhan dan jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman mati.
Lebih banyak saksi akan dipanggil memberikan keterangan sebelum polis mengaitkan mereka dengan tuduhan kanibalism.
Wagambie percaya, terdapat antara 700 hingga 1,000 anggota kumpulan berkenaan di beberapa kawasan pedalaman di Papua New Guinea dan kesemua mereka berkemungkinan makan daging manusia.
Kanibalism pernah menjadi amalan penduduk di kawasan pedalaman Papua New Guinea, di mana daging manusia dikenali sebagai `babi panjang’.
Wagambie, berkata, polis dijangka menahan 100 orang lagi berhubung jenayah berkenaan.

Beli Kereta Dengan Duit Syiling Seberat 300Kg


 Sebuah kisah yang amat jarang kita dengar apabila terdapat seorang lelaki di Kota Xianyang China membeli sebuah kereta dengan menggunakan duit syiling seberat 300kg. Dia membawa duit syiling sebanyak 60 ribu Yuan ke sebuah pusat penjualan kereta yang terletak di  Provinsi Shaanxi, China.

Lelaki itu merupakan seorang peniaga tepung,Dia mengangkut duit syilingnya itu yang dikumpul dalam 7 karung tepung itu dengan menggunakan kereta untuk sampai ke pusat jualan kereta itu.Dealer kereta yang bekerja di pusat penjualan kereta itu menghadapi kesukaran untuk mencari bank yang menerima duit syiling,namun begitu akhirnya ada satu bank yang menerima duit syiling lelaki tersebut.
Lelaki itu tidak dapat membawa pulang kereta idamannya pada hari itu kerana pihak bank masih mengira semua duit syilingnya itu yang telah dikumpulnya selama 10tahun dari hasil penjualan tepung.
Sumber: Joke Gurl

SHARE THIS

Blog Archive