Pengikut Boyzzonne

Sunday, July 1, 2012

Rezeki terapung -Penduduk berpesta Penemuan Duit di dalam paya

Sekumpulan nelayan terkejut apabila niat untuk menjala ikan berakhir dengan penemuan ratusan gumpalan wang di sebuah paya di Chachal, daerah Guwahati, India.

Wang itu kelihatan terapung dengan setiap
satunya bernilai 500 rupee (RM28.30) dan 1,000 rupee (RM56.70). Penemuan itu membuatkan seluruh penduduk di kawasan tersebut bertukar kecoh apabila menyerbu kawasan berkenaan.

Kelihatan juga beberapa dewasa dan kanak-kanak menebarkan jala. Manakala, wanita pula mengutip wang tersebut di tepi paya yang dihanyutkan dan ada juga yang sanggup berenang untuk mengumpul sebanyak mungkin wang  kertas tersebut.

Seorang penduduk enggan dikenali berkata, beliau mengaut sehingga 1,000 rupee dan tidak memikirkan hasil tangkapan ikannya bagi tempoh seminggu ini. "Kami melepaskan semula ikan yang dipancing kemudian mengutip wang ini. Pada mulanya saya hanya nampak sekeping wang kertas terapung- apung, tetapi ada yang berjaya mengaut puluhan helai wang kertas bernilai 1,000 rupee.

Chachal adalah perkampungan nelayan yang kebanyakannya penduduk miskin.


sumber

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive