Pengikut Boyzzonne

Wednesday, August 25, 2010

MAMAT

Atas saranan doktor, Mamat dihantar untuk berubat di
USA kerana penyakitnya yang agak kritikal.
Sesampainya di Hospital New York, Mamat dibawa ke
bilik bedah dan dipasangkan tiub getah kiri dan
kanan.

Beberapa jam kemudian, seorang pesakit dari UK yang
kelihatannya lebih parah dibawa masuk dan diletak
bersebelahan katil si Mamat. Si Mat Saleh ini walaupun
kelihatannya lemah, dia masih mencuba untuk
berkomunikasi dengan Mamat. Dia mengangkat tangannya
dengan susah payah dan berkata : "United Kingdom..."

Mamat yang juga sedang lemah, menjawab: "Malaysian..."

Setelah itu dua-duanya pengsan karena
keletihan. Beberapa jam kemudian mereka kembali sedar
dan cuba berkomunikasi lagi.

Si Mat Saleh berkata dengan lemah: "James...".
Dijawab dengan susah payah oleh Mamat: "Mamat..."

Habis itu mereka pengsan lagi. Beberapa jam kemudian
setelah sedar,mereka berdua masih mencuba melanjutkan
percakapannya."Birmingham..." kata si Mat Saleh.

Dijawab Mamat:"Kuala Kangsar...".pengsan lagi.


Tak lama kemudian mereka sedar dan masih mencuba untuk berbual.
Si Mat Saleh yang sudah hampir kehabisan nafas berkata : "Cancer..."


Dan dengan sisa-sisa nafas yang ada Mamat menyahut: "Capricorn!"

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive