Pengikut Boyzzonne

Tuesday, August 24, 2010

PISAU LIPAT

Suatu hari di tengah hutan ,ketika para pelajar sebuah universiti sedang melakukan penyelidikan terhadap tumbuhan hutan , seorang pelajar senior yg juga merupakan pemimpin kepada rombongan itu terjumpa sebilah pisau lipat di atas tanah .

Menurut peraturan yang telah ditetapkan semasa membuat penyelidikan di dalam hutan , sesiapa yang meninggalkan barang penyelidikan di dalam perjalanan akan dihikum.!

Lalu pelajar senior itu mengambil pisau lipat dan menghimpunkan semua pelajar utk tujuan menhukum mana-mana pelajar yg lalai meninggalkan pisau lipatnya..

"Siap yang merasa kehilangan pisau lipat di tengah perjalanan tadi??tanya pelajar senior itu. Tak ada seorang pun yg berani mengaku. Kemudian pelajar itu meninggikan suaranya.

"ayuh cepat! Mengaku je la.. lagipun sebenarnya saya sudah tahu siapa pemilik pisau lipat ni..Tapi saya inginkan kejujuran dari kamu semua utk mengaku!

Senyap! Masih tiada jawapan dari para pelajar ..

Kerana tidak ada yang nak mengaku maka saya akan panggil namanya!!!

pelajar-pelajar yg lain semuanya diam ..Masing -masing mahu mendengar nama siapakah yang akan dipanggil ..Akhirnya pelajar senior itu tidak dapat bersabar lagi..

Lalu diambilnya pisau lipat tadi kemudian dengan lantang dia menyebut nama pemilik pisau itu...

"STAINLESS STEEL" Cepat keluar!!!,,,

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive