Pengikut Boyzzonne

Wednesday, September 8, 2010

SELIPAR BUDIN HILANG




Hari itu,setelah selesai solat sunat aidilfitri ,Budin pun keluar dari masjid untuk balik ke rumahnya dan pergi beraya seorang diri.Tetapi puas di cari selipar buruk kesayangannya,tidak terjumpa juga,geramlah budin kerana itulah satu-satunya selipar yang dia ada ,tambah menyakitkan hati budin,ketika dia tertinjau-tinjau mencari selipar,orang ramai menjeling dan tersengih-sengih memandangnya,kemudian mereka berbisik dan ketawa terbahak-bahak....

Budin mula menyinga,dengan tergesa-gesa,Budin masuk semula ke dalam masjid dan menuju ke arah pembesar suara .Dia pun terus membuat pengumuman dengan suara yang keras

''KEPADA SESIAPA YANG CURI KASUT AKU,TOLONG PULANGKAN BALIK ! CEPAT ! AKU TAK MAIN-MAIN! KALAU TAK PULANGKAN JUGAK,AKU AKAN BUAT MACAM YANG ARWAH BAPAK AKU BUAT DULU!!!!!!''

Maka takutlah orang kampung mendengar kata-kata Budin itu.Maklumlah orang gila ni kalau mengamuk memang dahsyat.mereka akan gunakan apa saja yang dapat di capai,terutama parang panjang.mereka akan menetak ,memancung dan melibas sesiapa saja yang ada di depan mata.

CEPAATTTTT!!!! PULANGKAN SELIPAR AKU!!!! KALAU TAK PULANG,AKU AKAN BUAT MACAM BAPAK AKU BUAT DULU!!!!!!!''

Budin menjerit lagi menggunakan mikrofon,suara yang amat menakutkan!

Tiba tiba datanglah seorang budak dengan wajah yang pucat sambil menjinjing selipar buruk budin ,.Dengan terketar ketar ,budak lelaki itu berkata..

"ala abang ni... saya nak gurau sikit pun tak boleh...

Budin membulatkan biji matanya.Dia mengangkat tangan,tetapi sebelum berbuat sesuatu,budak lelaki itu telah terlebih dulu melempar seliparnya dan kemudian ,lari lingkang pukang meninggalkan masjid..

Orang kampung yang masih berada di dalam masjid tersebut mula menggeletar .Mereka sudah terbayangkan darah..Pak imam yang sedari tadi memerhatikan kelakuan budin perlahan lahan mendekati nya.. Dengan rasa takut yang amat sangat , pak imam pun bertanya kepada budin ...

Err boleh saya tahu ...

apa yang arwah bapak awak buat bila dia tak dapat semula selipar dia???

Jawab budin "Dia balik kaki ayamlah" lalu budin pun keluar sambil menyarung selipar buruknya....

HUAH HUAH HUAH

2 comments:

SHARE THIS

Blog Archive