OMAHA - Sebuah kereta tersangkut di bawah treler 18 tayar di sebuah lebuh raya di timur Greenwood, Nebraska, Amerika Syarikat, lapor sebuah akhbar semalam.
Bagaimanapun, pemandu kereta itu hanya mengalami calar dalam kejadian yang berlaku pada Ahad lalu.
Menurut polis, pemandu treler itu dipercayai mengubah haluan ke kanan menyebabkan ia melanggar penghadang jalan.
Pemandu kereta itu, Eddie Percy Jr yang menceritakan reaksinya selepas kejadian itu berlaku berkata: "Wow, saya telah terselamat."
Menurutnya, dia menganggap adalah mustahil untuk seseorang itu terselamat dalam kejadian seperti itu.
Dia berkata, kejadian itu berlaku dengan tiba-tiba semasa treler tersebut berada di depannya.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada Tuhan bahawa saya okey dan saya masih mempunyai peluang untuk menemui anak lelaki saya," katanya. - Agensi
No comments:
Post a Comment