Pengikut Boyzzonne

Monday, September 12, 2011

Kelantan ikrar perbaiki rentak



PENYERANG Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha (kanan) dicabar 
pertahanan Johor FC pada aksi di Stadium Sultan Muhammed IV kelmarin.


SELAKU penyandang juara Piala Malaysia, Kelantan berada di landasan terbaik untuk menempatkan diri ke peringkat suku akhir,l
Malam kelmarin, The Red Warriors meraih tiga mata berharga apabila membenam Johor FC 2-1 pada aksi Kumpulan C di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu.
Beraksi di atas padang licin, perlawanan sedikit terganggu sehingga Kelantan tersentak dengan jaringan awal pihak lawan pada minit ke-11 menerusi penyerang Johor FC, Eddy Helmi Manan.
Pemain tengah Kelantan, Shakir Shaari berjaya menggembirakan penyokong tuan rumah apabila rembatannya dari jarak 30 meter terkena seorang pemain pertahanan Johor FC sebelum bola menerjah gawang lawan pada minit ke-18.
Mohd. Ramzul Zahini muncul wira Kelantan apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan dua minit sebelum perlawanan berakhir.
Bagaimanapun, di sebalik kejayaan tersebut, kapten, Badri Radzi tetap kecewa dengan aksi yang dipamerkan barisan pemain Kelantan.
Tanpa berselindung, Badri mengakui mereka tidak mempamerkan tahap permainan sebenar kerana keletihan berikutan jadual latihan kecergasan yang terlalu padat.
“Faktor kekurangan perlawanan kompetitif selepas musim Liga Super tamat dan bulan Ramadan tidak timbul.
“Latihan padat yang terpaksa dilalui menyebabkan kami semua tidak sempat untuk memulihkan tenaga.
“Saya akui permainan kami malam tadi (kelmarin) sangat teruk, ia bukan tahap permainan sebenar pasukan Kelantan.
“Beraksi dalam cuaca hujan, padang licin serta badan penat menyebabkan mood kami sedikit terjejas,” kata Badri semalam.
Tambah Badri, biarpun terpaksa melalui pelbagai kesukaran itu, dia tetap bersyukur kerana Kelantan mampu memenangi perlawanan tersebut.
“Saya berharap Kelantan mampu mempamerkan tahap sebenar ketika menentang Felda United Rabu ini (malam esok),” jelasnya.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive