Pengikut Boyzzonne

Monday, November 14, 2011

Polis Indonesia tahan suspek disyaki bunuh Adrian

Suspek yang disyaki terlibat dalam kes bunuh Adrian ditahan di Balai Polis Kota Malang, Jawa Timur.



KUALA LUMPUR - Selepas hampir seminggu Adrian Jay Pereira mati dibunuh dengan kejam di rumah sewanya di Kota Malang pada Isnin lalu, polis Indonesia semalam mendedahkan pihaknya menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan pelajar Malaysia itu.
Ketua Polis Daerah Kota Malang, Adjutan Pesuruhjaya Besar Polis (KBP) Teddy Minahasa berkata, lelaki berusia 20-an itu ditahan di rumahnya di Kabupaten Malang pada Jumaat lalu.
Menurut beliau, turut dirampas daripada suspek itu ialah sehelai baju hujan dan sebuah topi keledar yang hampir menyerupai baju hujan dan topi keledar yang dipakai dua lelaki yang didakwa terlibat membunuh Adrian.
"Suspek yang ditahan itu dikatakan seorang penjenayah yang terlibat dalam kes-kes mencuri motosikal dan sanggup mencederakan mangsanya," kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Teddy berkata, suspek ditahan dalam serbuan di rumahnya dan baju hujan serta topi keledar tersebut juga ditemui di rumah suspek itu.
Berikutan tangkapan itu, kata beliau, polis sedang mencari bukti bagi menentukan sama ada suspek yang ditahan itu terlibat dengan kematian Adrian, 23.
"Namun kita menghadapi kesukaran untuk mengecam suspek yang membunuh Adrian kerana saksi utama kes itu iaitu rakan serumah Adrian tidak nampak jelas wajah suspek itu kerana semasa kejadian keadaan gelap dan hujan," katanya.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive