Pengikut Boyzzonne

Saturday, April 27, 2013

Memandu sambil bergayut? Macam mana kalau sambil guna laptop,

 

driveFREAKING NEWS -

Hampshire: Yang memandu sambil guna telefon tu biasalah. Ini drive sambil kopek buah pear pakai pisau pun ada.

Dan sarkis yang paling best dijumpai polis trafik ketika operasi di bandar Hampshire, UK, seorang pemandu memandu sambil minum kopi, dengan laptop atas peha, pada masa sama beliau sedang menulis jawapan untuk kuiz yang dia mahu sertai di radio. Semua kegiatan sarkis pemandu itu dikantoikan polis apabila pihak polis menggunakan trak HGV yang tinggi dipasang video cam untuk dapat angle 'bang bang boom' tahap klimaks. Memang kantoi habis. Bayangkan dia memandu sambil guna laptop, tulis kuiz, minum kopi, dengar radio pada masa sama. Gila hebat.

Ini memang multi tasking tahap ultraman. Kata Sarjan Paul Diamond, "operasi sebegini diharap beri mesej jelas buat pengguna jalan raya. Kalau ditangkap memandu sambil bergayut 60 pound kena. Itu belum yg kemalangan disebabkan kelalaian yang boleh dipenjarakan sehingga 14 tahun andai melibatkan kematian.

Sumber

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive