Pengikut Boyzzonne

Showing posts with label Angkasa lepas. Show all posts
Showing posts with label Angkasa lepas. Show all posts

Thursday, June 21, 2012

Imej paling jelas nebula dirakam


Balai Cerap Eropah (ESO) menyiarkan gambar paling jelas sebuah galaksi muda dinamakan Nebula War and Peace (NGC 6357)
Imej berkenaan dirakam menggunakan

Sunday, June 17, 2012

China hantar wanita pertama ke angkasa lepas


China melancarkan misi angkasa lepas paling gemilang yang membawa angkasawan wanita pertama bersama dua kru lelaki dalam percubaan untuk berlabuh di sebuah modul makmal angkasa lepas di orbit Bumi.
Kapal angkasa Shenzhou 9 berlepas mengikut jadual pada pukul 6.37 petang dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di tepi Gurun Gobi, di sini semalam.
Kapal angkasa berkenaan membawa angkasawan wanita Liu Yang, 33 bersama angkasawan veteran, Jing Haipeng, 45 dan kru baharu berusia 43 tahun, Liu Wang.
Mereka dijangka berlabuh di makmal angkasa lepas Tiangong 1 esok.
Makmal angkasa lepas prototaip itu yang dilancarkan pada tahun lalu, kini berada di orbit pada jarak 343 kilometer dari Bumi.
Ketiga-tiga angkasawan berkenaan akan menguji sistem sokongan hayat Tiangong 1 selama seminggu sebelum kembali ke Bumi.
Tiangong 1 akan diganti dengan sebuah stesen angkasa lepas tetap lebih besar seberat 60 tan yang dijangka siap sekitar tahun 2020.
China berharap dapat menyertai Amerika Syarikat dan Rusia sebagai dua negara dunia yang menyelenggara stesen angkasa lepas sendiri di orbit. - Agensi
tekan readmore kalau nak tengok angkasawan wanita pertama china

Thursday, May 31, 2012

Peluang lihat planet Zuhrah

GAMBAR Zuhrah (bintik hitam) melintasi matahari pada tahun 2004.





GEORGE TOWN - Orang ramai terutama peminat serta pengkaji astronomi berpeluang melihat planet Zuhrah yang akan muncul merentasi matahari buat kali terakhir pada abad ini pada 6 Jun nanti.
Fenomena astronomi itu bakal disaksikan ramai penduduk dunia termasuk Malaysia selepas matahari terbit pada pukul 7.12 pagi, Rabu depan.
Kurator Kanan Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah Universiti Sains Malaysia (MGTF USM), Zolkurnain Hassan berkata, fenomena yang dipanggil transit planet Zuhrah itu akan berlanjutan sehingga 1 petang.
Kata beliau, pihaknya dengan kerjasama Kelab Astronomi USM akan mengadakan program khas ini bertempat di tiga lokasi utama di kampus universiti itu dengan menyediakan teleskop untuk memudahkan orang ramai menyaksikan pergerakan planet Zuhrah.
"Pelbagai aktiviti lain diadakan seperti pameran transit planet Zuhrah, ceramah astronomi, pertandingan fotografi dan lawatan ke planetarium," ujarnya.
Transit Zuhrah adalah fenomena astronomi yang mana planet ini bergerak antara matahari dan bumi.
Semasa transit, planet Zuhrah akan kelihatan seperti satu bintik berwarna hitam merentasi cakera matahari secara perlahan-lahan selama enam jam dan ia boleh disaksikan menerusi penuras suria atau kaca mata gerhana.

Saturday, May 26, 2012

Kapsul swasta bersedia berlabuh di ISS


GAMBAR NASA menunjukkan kapal angkasa Dragon (dalam bulatan) berada 350 meter dari ISS untuk misi berlabuh di stesen angkasa lepas itu semalam. - Reuters


WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Syarikat AS, SpaceX bersedia untuk melabuhkan kapal angkasa komersial, Dragon di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) semalam.
Pelancaran Dragon merupakan percubaan pertama daripada sebuah syarikat swasta untuk berlabuh di ISS, stesen yang dibina pada kos AS$100 bilion (RM312 bilion).
Sebelum ini hanya Rusia, Jepun dan Eropah sahaja yang mampu membawa bekalan ke ISS.
AS kehilangan kapasiti itu selepas misi kapal angkasa Space Shuttle ditamatkan tahun ini.
Angkasawan ISS merancang untuk membantu menarik kapal angkasa itu dengan lengan robot stesen untuk misi berlabuh di ISS.
Sekiranya Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) memberi lampu hijau, ia dijangka bermula pada pukul 9 pagi waktu tempatan dan cubaan untuk bercantum bermula sekitar pukul 12.30 tengahari semalam.
"Ia merupakan misi percubaan. Namun, kami sangat optimis,"kata pengarah misi SpaceX, John Couluris.
Mengikut laporan NASA dan SpaceX, penerbangan demonstrasi berjalan lancar sejak kapsul itu dilancarkan dengan menggunakan roket Falcon 9 dari Cape Canaveral di Florida pada Selasa lalu.
Pelancaran kapsul angkasa Dragon ke ruang orbit merupakan yang pertama dilakukan oleh sebuah syarikat swasta yang disifatkan sebagai era baharu oleh White House dan SpaceX. - AFP


Monday, September 12, 2011

Pemandangan di planet Marikh



PERJALANAN kapal angkasa Opportunity ke kawah Endeavour di Planet Marikh.


WASHINGTON - Kapal peninjau angkasa lepas Opportunity milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan tiba di tepi sebuah kawah gergasi di Planet Marikh pada Selasa lepas.
Ia merakamkan pemandangan di tepi kawah tersebut yang selebar 22.53 kilometer (km) yang bernama Endeavour.
Kapal angkasa itu yang mempunyai enam tayar tiba di kawah berkenaan dari sebuah lagi kawah yang bernama Victoria.
Kawah Victoria terletak sejauh 20.92km dari kawah Endeavour. - Agensi

SHARE THIS

Blog Archive