Pengikut Boyzzonne

Sunday, June 17, 2012

China hantar wanita pertama ke angkasa lepas


China melancarkan misi angkasa lepas paling gemilang yang membawa angkasawan wanita pertama bersama dua kru lelaki dalam percubaan untuk berlabuh di sebuah modul makmal angkasa lepas di orbit Bumi.
Kapal angkasa Shenzhou 9 berlepas mengikut jadual pada pukul 6.37 petang dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di tepi Gurun Gobi, di sini semalam.
Kapal angkasa berkenaan membawa angkasawan wanita Liu Yang, 33 bersama angkasawan veteran, Jing Haipeng, 45 dan kru baharu berusia 43 tahun, Liu Wang.
Mereka dijangka berlabuh di makmal angkasa lepas Tiangong 1 esok.
Makmal angkasa lepas prototaip itu yang dilancarkan pada tahun lalu, kini berada di orbit pada jarak 343 kilometer dari Bumi.
Ketiga-tiga angkasawan berkenaan akan menguji sistem sokongan hayat Tiangong 1 selama seminggu sebelum kembali ke Bumi.
Tiangong 1 akan diganti dengan sebuah stesen angkasa lepas tetap lebih besar seberat 60 tan yang dijangka siap sekitar tahun 2020.
China berharap dapat menyertai Amerika Syarikat dan Rusia sebagai dua negara dunia yang menyelenggara stesen angkasa lepas sendiri di orbit. - Agensi
tekan readmore kalau nak tengok angkasawan wanita pertama china

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive