Pengikut Boyzzonne

Showing posts with label Pelarian. Show all posts
Showing posts with label Pelarian. Show all posts

Tuesday, July 31, 2012

Di mana ikon keamanan dunia ketika kaum Islam minoriti ditindas?


Presiden Myanmar, Thein Sein


 Dia dijulang sebagai wanita kental yang tidak pernah lelah memperjuang keadilan dan keamanan, sehingga terpaksa menghabiskan hampir 20 tahun hidupnya di bawah tahanan.

Bukan sahaja dunia Barat, pemimpin Islam seluruh dunia juga memandang tinggi kepada wanita bernama Aung San Suu Kyi ini.

Keazamannya dalam menentang penindasan kerajaan tentera Myanmar membuahkan hasil selepas

Saturday, July 28, 2012

Pelarian palestin pilih Malaysia tempat perlindungan

Lebih 3,000 rakyat Palestin yang terpaksa meninggalkan tanah air ekoran kekejaman rejim zionis Israel memilih Malaysia sebagai negara yang paling baik untuk mereka mendapatkan perlindungan sementara kerana yakin dengan keamanan dan kestabilan politik di negara ini.
   
Menurut Pengerusi Palestinian Cultural Organisation Malaysia (PCOM) Muslim Abu Umar, Malaysia menjadi pilihan kerana tidak banyak negara Islam yang

Wednesday, July 25, 2012

Gerakan Menghapus Etnik Rohingya - Etnik Tanpa Negara


TERBAKAR...rumah etnik Rohingya dibakar dalam usaha mengusir mereka dari bumi Myanmar.

CHITTAGONG (Bangladesh): “Kami hanya mahu hak sebagai warga negara dan dilayan seperti manusia. Itu saja, kami bukannya mahukan kemerdekaan atau wilayah pemerintahan sendiri,” kata Halimullah Salim, 53, aktivis kemanusiaan Rohingya yang berpangkalan di

Tuesday, July 24, 2012

Konflik Etnik Rohingya - Terkurung 21 Tahun


DAIF...pemandangan persekitaran Kem Kutupalong yang dihuni lebih 50,000 pelarian Rohingya sejak 21 tahun lalu.

CHITTAGONG (Bangladesh): Meyakini ada hikmah di sebalik sesuatu peristiwa termasuk yang buruk, satu tuntutan di kalangan umat Islam. Mengambil kira faktor ini, konflik berdarah antara etnik Rakhine dengan penduduk Islam Rohingya yang tercetus di Arakan, Myanmar, pada awal Jun lalu, turut tidak terkecuali.
Ini kerana konflik yang meragut ribuan nyawa umat Islam Rohingya itu serta mencetus derita kepada ratusan ribu yang lain, secara tidak langsung menggamit semula perhatian dunia luar terhadap hampir 90,000 pelarian Rohingya yang menghuni tiga kem pelarian di Bangladesh sejak 21 tahun lalu.
BINA SENDIRI...seorang pelarian di kem tidak berdaftar membina ‘rumahnya’ dengan ranting kayu dan daun pokok.

Berikutan tempoh panjang itu, mereka yang hidup serba kedaifan dan penuh penderitaan seakan-akan dilupakan apabila jarang menerima bantuan termasuk daripada saudara seagama.

Sepanjang tempoh 21 tahun itu, ramai di kalangan pelarian Rohingya yang sudah meninggal dunia sebagai orang buangan dan pada masa sama, ribuan juga dilahirkan di dalam kem untuk berkongsi status sama.

Sedikit latar belakang, pelarian Rohingya terbabit menyeberangi Sungai Naf yang menjadi sempadan Myanmar-Bangladesh pada 1991 selepas diusir kerajaan tentera Myanmar.

SHARE THIS

Blog Archive