Pengikut Boyzzonne

Showing posts with label Sinopsis. Show all posts
Showing posts with label Sinopsis. Show all posts

Sunday, September 23, 2012

Sinopsis drama Cinta Sarakit


CINTA MELANGKAUI AJAL

Sarakit Bangkit Semula Menuntut Dendam
Demi cinta, mereka telah berjanji sehidup semati walau apapun halangan yang datang. Namun, cinta Sarakit tidak kesampaian dek tragedi yang menimpa selepas dirogol dan dibunuh walaupun dia sedang berbadan dua. Apabila qarin Sarakit telah dipuja oleh Dina untuk

Wednesday, July 4, 2012

Sinopsis dan Trailer Filem 8 Jam


ALANG, membesar di sebuah lorong yang penuh dengan keganasan dan jenayah. Zaman kanak -- kanak Alang dirampas daripadanya apabila ibunya mati dibunuh seorang Ah Long semasa

Tuesday, June 26, 2012

Sinopsis & Trailer Filem Hanya Aku Cinta Kau Seorang


Sinopsis Hanya Aku Cinta Kau Seorang



Mengisahkan seorang wanita yang bernama MURNI yang sedang dalam kembara mencari ‘soulmate’. Murni dipaksa oleh kawan baiknya, MUKHLIS dan STACY untuk mencari teman lelaki di dalam sebuah laman sesawang ‘Meet Soulmate’. Walaupun Murni tidak mempercayai lelaki yang dikenali di dalam internet, namun kerana paksaan dia menurut.

Murni sebenarnya menyukai Mukhlis, sahabat sehidup sematinya tetapi kecewa kerana dia menyangka Mukhlis homoseksual yang sedang bercinta dengan AYIM. Dengan galakan dari Mukhlis dan Stacy, Murni akhirnya menemui seorang lelaki bernama IQWAL. Murni menyenangi Iqwal, namun satu insiden telah menyebabkan Murni tersalah anggap yang Iqwal juga seorang homoseksual.

Murni merasa sangat kecewa dan berputus asa terhadap lelaki, apatah lagi apabila dia mengetahui tentang kecurangan FELIX, suami Stacy. ZIZI, adik kepada Iqwal bersungguh-sungguk menjejaki Murni untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya kerana dia mengetahui yang abangnya telah jatuh cinta pada Murni. Ketika inilah Ayim pula tampil dan menjelaskan pada Murni yang Mukhlis sebenarnya bukan songsang seperti yang disangkakan oleh Murni selama ini. Mukhlis amat mencintai Murni namun dia tak mahu berterus terang kerana dia takut akan kehilangan Murni.

Tekan readmore untuk tengok Trailer Hanya Aku Cinta Kau Seorang

Saturday, June 23, 2012

Sinopsis Filem Mael Lambung | Trailer


Mael Lambung (Zizan Razak) merupakan seorang penarik kereta yang cukup dikenali di Kuala Lumpur. Hidupnya mula berubah dan menjadi kelam kabut apabila bertemu dengan Maria (Juliana Evans) yang meminta pertolongan darinya untuk menyelamatkan diri daripada penjahat.
Pelarian mereka untuk menyelamatkan diri membawa Mael dan Maria ke

Friday, June 22, 2012

Sinopsis Drama Naziha


Drama Naziha mengisahkan Naziha dikurniakan raut wajah yang amat cantik. Kejelitaannya menjadi pujaan kaum lelaki termasuk rakan lelaki yang sebaya dan juga yang telah dewasa. Naziha tidak mempunyai ramai kawan perempuan kerana mereka mencemburui kecantikan dan kepandaian yang dimiliki oleh Naziha. Meskipun digilai ramai lelaki namun Naziha tidak pernah melayan karenah mereka. Namun Farouk tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan Naziha.
Pada satu hari, Naziha yang sudah tidak dapat menahan desakan Farouk, telah memalukan Farouk di depan kawan-kawannya dengan mengatakan bahawa sampai mati dia tidak akan menerima cinta Farouk. Kata-kata yang dihamburkan oleh Naziha telah memalukan Farouk. Lantas Farouk berjanji akan mendapatkan Naziha tidak kira apa cara sekalipun.
Semakin lama semakin banyak masalah yang dilalui oleh Naziha. Pelbagai fitnah ditaburkan terhadapnya. Naziha sering meluahkan perasaan sedihnya pada rakan sepermainan sejak kecil iaitu Adam. Melihat kemesraan di antara Naziha dan Adam, membuatkan ibu bapa mereka berhajat untuk menyatukan mereka berdua. Namun beberapa hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan, hajat untuk menyatukan mereka berdua musnah dek kerana sebuah fitnah.
Farouk telah menawarkan diri untuk berkahwin dengan Naziha. Untuk menutup rasa malu, Naziha terpaksa berkahwin dengan Farouk. Bermulalah kehidupan Naziha sebagai seorang isteri yang sering diseksa fizikal dan mental oleh suami kejam yang mengamalkan ilmu hitam untuk menakluknya. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan di antara Naziha dan Farouk menjadi titik noktah buat Naziha untuk mengecapi kebahagian? Adakah Adam akan kembali menebus maruahnya setelah difitnah atau muncul orang baru yang akan menyelamatkannya dari kekejaman Farouk?

Friday, June 15, 2012

Sinopsis Bukan Bidadari | Slot Lestary TV3


Drama Bukan Bidadari di Slot Lestary TV3 bakal bermula bersiaran pada 19 Jun 2012 pada jam 9.00 malam di TV3 bagi menggantikan drama 3 Janji. Antara barisan pelakon yang membintangi drama Bukan Bidadari adalah Nad Zainal, Azlee Khairi, Shaarnaz Ahmad, Sara Ali, Fiza Halim, Zuhairi Ibrahim, Muniff Isa, Azhar Sulaiman, Liza Zain, dan Wan Raja.
Sinopsis Drama Bukan Bidadari
Inas merupakan seorang gadis yang manja, kaya dan sempurna. Keadaannya berubah setelah ayahnya meninggal dunia dalam nahas kapal terbang. Selepas kematian bapanya, kehidupan Inas tidak stabil. Inas terpaksa memikul hutang bapanya. Pada masa yang sama, dia perlu menjaga ibunya Puan Hani yang dilanda kesedihan.
Untuk menyelesaikan masalah keluarganya, Puan Hani menyuruh Inas berkahwin dengan Arif, seorang lelaki yang kaya. Tetapi malangnya, Arif seorang lelaki yang kasar dan suka menyakiti Inas. Dugaan sering menimpa Inas sehingga Arif dilaporkan terbunuh dalam suatu kejadian ngeri. Inas mula merasakan kebebasan tetapi kebebasan itu hanya sementara apabila Arif kembali dan sebenarnya dia tidak meninggal dunia.

SHARE THIS

Blog Archive