Pengikut Boyzzonne

Showing posts with label Filem. Show all posts
Showing posts with label Filem. Show all posts

Monday, September 3, 2012

Ombak Rindu: Lebih 20 Kesilapan Filem Tidak Disedari Penonton


1.  TRIVIA: Scene keretapi ini dilakonkan di stesen kereta api Alor Star. Ianya berdasarkan struktur stesen dan kawasan yang dalam pembinaan, yang mana adalah dahulunya adalah

Friday, July 13, 2012

(Panas)'Gangster Celop' Bakal Cetus Fenomena

Buat julung kalinya, dua syarikat produksi yang cukup dikenali, Skop Productions dan Excellent Pictures bakal bersatu menghasilkan sebuah filem berjudul 'Gangster Celop'.

Membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Syamsul Yusof, Kamal Adli, Yus Jambu, Azad Jazmin, Reen Rahim serta pelakon baru, Hanis Zalikha, filem ini dijangka mencetuskan fenomena baru dalam industri perfileman negara.

"Dalam keadaan industri filem tempatan mutahir ini, penggabungan seperti ini mampu menjana lebih idea, kreativiti dan modal seterusnya menghasilkan karya yang dapat memenuhi citarasa penonton yang lebih luas," ujar Datuk Yusof Haslam dalam majlis pelancaran filem ini yang berlangsung di FINAS, semalam.

'Gangster Celop' berkisar mengenai dua orang bekas gangster iaitu Aman (Kamal Adli) dan Adam (Syamsul Yusof) yang baru selesai menjalani hukuman penjara selama lima tahun yang bertekad untuk menjadi insan yang lebih baik.

Namun mereka dikehendaki menjaga anak kepada Mat Jambu (Yus Raja Lawak), seorang ketua gangster yang pernah melindungi mereka dahulu iaitu Suzana (Hanis Zalikha) yang baru pulang dari luar negara untuk memulakan perniagaan.

Semua menjadi huru-hara apabila mereka terlibat dalam konflik antara Mat Jambu dan Man Cirit (Azad Jazmin) yang merupakan musuh untuk sekian lama.


Sumberr 

Wednesday, July 4, 2012

Sinopsis dan Trailer Filem 8 Jam


ALANG, membesar di sebuah lorong yang penuh dengan keganasan dan jenayah. Zaman kanak -- kanak Alang dirampas daripadanya apabila ibunya mati dibunuh seorang Ah Long semasa

Thursday, June 28, 2012

The Avengers filem No.3 di dunia


SALAH satu adegan yang terdapat dalam filem The Avengers.

Filem The Avengers kelmarin diumumkan menduduki No.3 dalam senarai kutipan tiket tertinggi di dunia.
Ia berada di belakang filem

Tuesday, June 26, 2012

Sinopsis & Trailer Filem Hanya Aku Cinta Kau Seorang


Sinopsis Hanya Aku Cinta Kau Seorang



Mengisahkan seorang wanita yang bernama MURNI yang sedang dalam kembara mencari ‘soulmate’. Murni dipaksa oleh kawan baiknya, MUKHLIS dan STACY untuk mencari teman lelaki di dalam sebuah laman sesawang ‘Meet Soulmate’. Walaupun Murni tidak mempercayai lelaki yang dikenali di dalam internet, namun kerana paksaan dia menurut.

Murni sebenarnya menyukai Mukhlis, sahabat sehidup sematinya tetapi kecewa kerana dia menyangka Mukhlis homoseksual yang sedang bercinta dengan AYIM. Dengan galakan dari Mukhlis dan Stacy, Murni akhirnya menemui seorang lelaki bernama IQWAL. Murni menyenangi Iqwal, namun satu insiden telah menyebabkan Murni tersalah anggap yang Iqwal juga seorang homoseksual.

Murni merasa sangat kecewa dan berputus asa terhadap lelaki, apatah lagi apabila dia mengetahui tentang kecurangan FELIX, suami Stacy. ZIZI, adik kepada Iqwal bersungguh-sungguk menjejaki Murni untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya kerana dia mengetahui yang abangnya telah jatuh cinta pada Murni. Ketika inilah Ayim pula tampil dan menjelaskan pada Murni yang Mukhlis sebenarnya bukan songsang seperti yang disangkakan oleh Murni selama ini. Mukhlis amat mencintai Murni namun dia tak mahu berterus terang kerana dia takut akan kehilangan Murni.

Tekan readmore untuk tengok Trailer Hanya Aku Cinta Kau Seorang

Saturday, June 23, 2012

Sinopsis Filem Mael Lambung | Trailer


Mael Lambung (Zizan Razak) merupakan seorang penarik kereta yang cukup dikenali di Kuala Lumpur. Hidupnya mula berubah dan menjadi kelam kabut apabila bertemu dengan Maria (Juliana Evans) yang meminta pertolongan darinya untuk menyelamatkan diri daripada penjahat.
Pelarian mereka untuk menyelamatkan diri membawa Mael dan Maria ke

Wednesday, May 30, 2012

Men In Black 3 no.1di Amerika Utara



GAMBAR oleh Sony Pictures menunjukkan Tommy Lee Jones (kiri) dan Will Smith dalam satu adegan Men in Black 3.


LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Filem daripada francais Men In Black, Men In Black 3 mengungguli carta box office sepanjang tayangan hujung minggu lalu di Amerika Utara, jelas anggaran industri perfileman kelmarin.
Menurut agensi data kutipan tiket, Exhibitor Relations, filem tersebut berjaya mengutip AS$70 juta (RM221 juta) selepas empat hari ditayangkan.
Men In Black 3 diterajui dua aktor terkenal, Will Smith dan Tommy Lee Jones sebagai ejen rahsia yang memerangi makhluk asing yang tinggal secara haram di Bumi.
Francais tersebut mengetepikan filem The Avengers yang jatuh ke tempat kedua dengan kutipan jualan tiket AS$46.9 juta (RM148 juta).
Secara keseluruhan, The Avengers mencatat kutipan mencecah AS$1.295 bilion (RM4.1 bilion) di seluruh dunia setakat ini.
Filem perang Battleship pula menduduki tangga ketiga dengan kutipan AS$13.8 juta (RM43.5 juta).
Di tempat keempat dengan jualan tiket AS$11.8 juta (RM37.2 juta) ialah filem komedi The Dictator yang dibintangi oleh pelawak, Sacha Baron Cohen. - AFP

SHARE THIS

Blog Archive