Pengikut Boyzzonne

Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Thursday, September 6, 2012

Satu Platun Askar Korea Masuk Islam


Kapten San Jin-Gu adalah salah satu komandan Brigade-11SF, pasukan perdamaian PBB dari Korea Selatan yg ditugaskan di Iraq. Kapten San dan pasukannya bertugas di wilayah Irbil, Iraq Utara. Semasa bertugas di wilayah tersebut, dia sering mengamati orang-orang muslim bersolat berjemaah di masjid, kebetulan markas pasukannya berada dekat masjid. Dia sangat terpegun dengan

Thursday, August 23, 2012

Kisah Wanita Mengumpat Yang Sukar DiKafankan

Setiap manusia yang hidup pasti akan merasai mati. Itu adalah janji Allah SWT kepada hambaNya. Namun bagaimana cara kita mati, tempat kita mati, keadaan kita mati hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Kita sebagai hamba Allah hanya perlu sentiasa berdoa agar mati dalam khusnul khatimah. Di bawah ini terdapat satu kisah yang mana diceritakan kisah seorang wanita yang gemar mengumpat, akhirnya sukar untuk

Monday, August 20, 2012

Satu Gereja Memeluk Islam | Paderi terpaksa buka rahsia

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. 

Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan

Thursday, August 9, 2012

Yang perlu anda tahu tentang Zakat Fitrah

Ramai umat Islam yang masih keliru tentang kewajipan zakat fitrah, bukan keliru status hukumnya, tetapi bagaimana melaksanakannya. Inilah antara Q&A yang diharap mampu menjelaskan kekeliruan itu. Selamat membaca.

Soalan 1: Apakah makna zakat fitrah dan siapakah yang

Adakah Batal Puasa Jika Menelan Sisa Makanan ?

Selepas sahur, kita hendaklah segera membersihkan mulut dengan menggosok gigi dan sebagainya. Namun ada kalanya terdapat sisa makanan dan ini menyukarkan kita untuk mengeluarkan makanan tersebut. Timbul satu persoalan,adakah batal puasa jika kita menelan sisa makanan tersebut. Persoalan ini perlu diambil peduli kerana ia

3 Jenis Makanan Dalam Neraka

Neraka merupakan suatu tempat yang wajib diyakini oleh umat Islam sebagai satutempat pembalasan yang mempunyai kesengsaraan abadi setelah mati. Jika baik amal seorang manusia itu, dengan rahmat Allah, dia akan masuk ke syurga dan jika buruk amal seseorang manusia itu, dia akan dihumban ke dalam neraka dan diberi 3 jenis makanan yang

Wednesday, August 8, 2012

Di sebalik Nuzul Quran & Lailatulqadar

PARA ulama sependapat bahawa peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada 17 Ramadan, malam Jumaat, tahun ke-41 daripada kelahiran Nabi Muhammad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ memberi makna turun atau berpindah dari atas ke bawah iaitu al-Quran itu diturunkan dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah (langit dunia) dengan sekali gus dan bukan

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada

Mahasiswa Malaysia diberi Penghormatan Mengimami Solat Jumaat Raja Jordan

AMMAN-JORDAN, Raja Abdullah II telah mendirikan solat jumaat bersama-sama rakyat jelata di Masjid Naji Al-Hamsyari dan merasmikan pembukaan masjid ini yang terletak di kawasan Khalda Amman.

Keluasan masjid ini boleh memuatkan seramai 4 ribu Jemaah dalam satu masa tertentu. Raja Abdullah dan para Jemaah yang hadir khusyuk mendengar khutbah yang disampaikan oleh khatib masjid iaitu DR Rabi’ AL-A’idi. Turut diberi penghormatan kepada

Untungnya jika solat di awal waktu!

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Rasanya fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi

Saturday, August 4, 2012

Kepala babi cemar masjid di Perancis

MONTAUBAN - Islamofobia dilihat  telah meningkat di Perancis susulan daripada penemuan dua kepala babi di luar masjid di bandar Montauban, kelmarin yang turut mencetuskan kemarahan orang Islam di kawasan itu.

Pengerusi Pemerhati Islamofobia, Abdallah Zekri berkata, perbuatan biadab seperti itu yang dilakukan pada bulan Ramadan sememangnya

Sunday, July 29, 2012

Kisah Budak darjah 1 dengan tabung masjid

Ada sorang budak darjah 1 ni. Dia selalu senyum kat tabung masjid.

Perilaku budak tu dilihat oleh imam dan imam tu berasa hairan.

Suatu hari imam bertanya kpd

Senda gurau anak murid & Ustaz:

Dalam Kelas... Mata pelajaran pendidikan islam hampir tamat... Sebelum keluar... Ustaz pun menberitahu kepada murid-murid...

USTAZ: Minggu depan kita akan belajar tajuk baru...Jadi ustaz nak kamu balik rumah nanti... Baca ayat 287 surah Al-Baqarah ... Sebab ayat ni ada kena mengena dengan

Petikan dari Page Ustaz Azhar Idrus... Jawapan yang Mantap& Lucu...


Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari? 

"Huraisy pun menjawab,

Friday, July 20, 2012

Keindahan Islam yang Orang Tidak Nampak - Hukuman Hudud



السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ …..
Kedua-dua gambar adalah hukuman hudud yang dijalankan di Afghanistan sewaktu pemerintahan Taliban pada suatu masa dahulu.
Bayangkan jika  menjalankan hukuman hudud seperti di atas. Sudah tentu ribuan akan hadir ingin melihatnya dari dekat. Dan jutaan akan melihatnya melalui siaran langsung melalui kaca TV. Agak-agaknya beranikah lagi bakal

Monday, July 9, 2012

Kelebihan Orang Lelaki Yang Berjanggut (Menarik!)


Kelebihan Orang Lelaki Yang Berjanggut (Menarik!) | Jika wanita mementingkan kecantikan dan keserian wajah, lelaki juga tidak terlepas daripada memikirkan perihal yang sama. Cuma menjadi perbezaan antara ‘kecantikan’ wanita dan lelaki adalah janggut. Janggut merupakan aset yang mampu menjadikan seorang lelaki itu kelihatan lebih ‘tulen’. Terdapat pelbagai kelebihan dan kebaikan sekiranya seorang lelaki itu memiliki dan memelihara janggutnya. Antara kelebihan berjanggut adalah :
· Menampakkan kelelakian
· Kelihatan lebih ‘macho’
· Lebih hensem dan berkarisma
· Nampak soleh
· Membezakan lelaki sejati dengan lelaki yang tidak berapa sejati
· Lebih diminati wanita
· Mempunyai manfaat kesihatan
· Mencontohi fizikal tokoh-tokoh pemimpin dahulu
Namun ianya bukanlah sesuatu yang penting dan perlu di ambil berat malahan seorang lelaki yang berjanggut itu tetap lebih baik kelihatan daripada lelaki yang tidak berjanggut. Utamakan niat anda untuk berjanggut semata-mata ingin mengamalkan sebahagian daripada sunnah yang ditinggalkan Baginda Rasulullah SAW. Bukan berjanggut kerana mengikut fesyen terkini atau sebagainya.
Antara kata-kata ataupun hadith Baginda Rasulullah SAW yang berkaitan janggut adalah seperti :
“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari)
“Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (Hadith Riwayat Muslim)
Hadith di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja Baginda Rasulullah SAW menyuruh kita agar berjanggut, tetapi melarang kita dari menyerupai orang kafir iaitu dengan memelihara misai dan mencukur janggut mereka. Niatkan memelihara janggut kerana sunnah Rasullullh SAW nescaya anda akan melihat kelebihan dan merasai kebaikan berjanggut.
Melayukini.net - Walaupun pada pandangan anda atau orang lain ianya nampak tidak cantik namun di sisi Allah SWT ianya sudahpun kelihatan elok dan sempurna. Apa lagi, wahai lelaki mari kita menyimpan sedikit janggut bagi mengikut sunnah rasulullah SAW.

Sunday, July 8, 2012

Siapa Ustaz Azhar Idrus Sebelum Bergelar Ustaz Dan Pendakwah Read more: Siapa Ustaz Azhar Idrus Sebelum Bergelar Ustaz Dan Pendakwah


Assalamualaikum, mungkin ramai yang mengenali Ustaz Azhar Idrus ni, seorang Ustaz yang terkenal buat masa ini terutama di kalangan anak-anak muda..

Setiap kali ceramah atau kuliahnya mesti penuh dengan jemaah yang hadir..

Tapi mungkin ramai yang tak tahu bagaimanakah kehidupan Ustaz Azhar Idrus sebelum bergelar Ustaz? Apakah yang dilakukannya? mari baca sedikit sebanyak kisah Ustaz Azhar Idrus sebelum bergelar Ustaz yang dipetik dari Facebook


Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium.

Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.

Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.






Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh.

Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.

Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani.

Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga


Latarbelakang pendidikan Ustaz Azhar Idrus: 


Sekolah Sultan Sulaiman. Sekolah Rendah dan Menengah di Sekolah Inggeris, tidak pernah belajar di mana-mana Sekolah Arab, Sekolah Pondok Madrasah atau sekolah agama. Beliau mula menuntut ilmu agama bermula pada tahun 90-an.

# Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
# Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
# Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
# Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
# Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.



JOm Lawati UAI( Ustazazhar,net


Antara koleksi hikmah dari fanpage facebook ustaz Azhar Idrus.

~

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) bila jahil..Tuhan pun dia pakat lawan...

~
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) nasihat itu spt ubat..ramai yg mahu sembuh tapi tak suka makan ubat..

~
..apakah sindiran yg dibenarkan dalam islam?..
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) sindir harus dgn syarat tak menyakitkan hati atau perbalahan..kena pandai guna ayat utk menyindir..kdg2 bermunafaat spt sindir utk mencegah kemungkaran atau menyuruh maa'ruf.

~
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) pakat tegur menegur membawa berkat..

~
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) sombong heret ke neraka, rendah diri bawa ke syurga, ingat selalu hak tu...

~
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) nak kenal Allah.. kenal quran, kenal Allah..
..{sentiasa} dalam keadaan rendah diri dan terasa org lain lbh tahu, baru kenal Allah..

~
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) jgn takut, jika kita berada dijalan yg benar, insyaAllah keselamatan dan kebaikan datang drpd Allah...

~
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) mati bukannya jauh sangat pun dari kita..hanya sedikit umur yg masih ada inilah kita guna utk bantu agama Allah swt..

~
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) kalau kenal {kenal diri} sungguh, kita pasti akan kasih kpd Allah swt..

~
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) lupakan kesedihan yg trjdi hari ini..ingat kebaikkan yg ada dihari esok..insyaAllah (hilanglah) nanti (kesedihan)..langit tdk selalu mendung..

~
..Mencari Iman lebih daripada Penting Beribadat?..
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) betul jika sebelum beriman.. bila sudah beriman, beribadahlah utk mantapkan iman..

~
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) kita pakat jd hamba Allah belaka..

~
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) haram nganjim(persenda) bila dgr cakap2 berhubung agama atau akhirat..jika ada niat mempersendakan agama, jd murtad...

~
~Ustaz Azhar Idrus ( Original ) jika ada niat pd gurauan tersebut meringan2kan atau mempersenda2kan hukum agama.. jadi kafir..

~
-Ustaz Azhar Idrus ( Original )
sebut yg datang dari bukan Islam, melayu suka sokmo.. yg dak suka; apa yg Nabi bawa..

~
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) Maksud sabda nabi s.a.w:
Kalian akan mengikuti adat tradisi umat sebelum kamu
sejangkal demi sejengkal. Sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya
mereka masuk ke dalam lubang biawak (pun), kamu akan mengikutinya juga.
Para sahabat nabi bertanya: Wahai Rasulullah, apakah mereka itu
orang-orang yahudi dan Nasrani? Jawab baginda Rasulullah: Kalau bukan
mereka, siapa lagi?
(Hadis riwayat Abu Said al Khudri )

~
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) sifat suka jika org puji tak salah, sbb ia adalah fitrah manusia..yg salah ialah tak suka kalau tak dipuji..

~
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) tak salah memuji makhluk..hakikat puji itu milik Allah..sbb itu Nabi saw perintahkan org yg kena puji kata Alhamdulillah..pd hadith ini Nabi saw tak salahkan org yg memuji dan yg kena puji cuma Nabi saw ingatkan bahwa yg sebenarnya memiliki kepujian ialah Allah swt..

~
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) tidak ada kesedihan yg menimpa seorang mukmin melainkan akan menyusul kebahgiaan selepas kesedihan itu..

~
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) kegagalan adalah satu pelajaran mengenal Allah..Allah sahaja yg tak pernah gagal..

~
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) tima kasih..teruskan perjuangan hancurkan kebatilan.
.

SHARE THIS

Blog Archive