Pengikut Boyzzonne

Monday, September 20, 2010

Kereta Kemik, Tiup ekzos



Shah baru habis bermain bola sepak dan berjalan menuju ke kereta. Tiba di keretanya, Shah mendapati ada kesan kemik di sebelah pintu penumpang seperti dilanggar orang. Keesokan harinya, Shah membawa kereta itu ke bengkel.

Ah Beng yang sememangnya tahu akan kebendulan Shah, cuba mempermainkannya. Dia memberitahu, sekiranya Shah meniup melalui lubang ekzos keretanya, pintu yang kemik itu akan kembali dan keretanya akan kelihatan seperti sediakala.

Shah pun pulang ke rumah dan terus meniup melalui lubang ekzos keretanya. Phhhuuhhhhh,phhhhuuuhhh..!!!! Tiada apa apa yang berlaku. Shah meniup dengan lebih kuat lagi namun pintu keretanya yang kemik itu tidak juga kembung.

Teman serumahnya,Mamat keluar bertanya, ;;Apa hang buat tu??''
Shah pun menjelaskan pada Mamat,bagaimana Ah Beng si mekanik workshop telah mengarahkan untuk meniup melalui ekzos kereta supaya kemik di pintu keretanya kembung semula.

Mamat menepuk dahi...Dia ketawa berdekah dekah sambil berkata, ''awat la hang ni mangkuk sangat, Shah oiii...
Hang tutuplah semua cermin tingkap kereta hang ni dulu, barulah BOLeH.....

huah,huah,huah....

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive