Pengikut Boyzzonne

Monday, September 20, 2010

Suami dan isteri


Sepasang kekasih merancang utk berkahwin. Semakin hari istimewa itu bertambah dekat, kedua duanya semakin risau. Suatu hari, si lelaki meminta nasihat daripada ayahnya tentang satu masalah.

''Ayah, kata lelaki itu yang bernama daus, ''saya risaukan perkahwinan saya. Saya sayang Tijah, tapi saya ada masalah. Kaki saya ni busuk sangat. Saya takut masalah ini akan menghancurkan perkahwinan kami.''

''Jangan risau,'' jawab si bapa. ''Apa yang perlu Daus buat ialah cuci kaki bersih bersih dan pakai stoking sebelum tidur.''

Tanpa diketahui oleh Daus,rupa rupanya Tijah pun ada masalah juga. Tijah mengadu pada ibunya. ''Mak,bila Tijah bangun tidur,mulut Tijah bau busuk. Macam mana,mak?? Tijah takut masalah ini akan menyebabkan Abang Daus marah dan akhirnya,kami bercerai.''

''Jangan risau, Tijah ,'' jawab ibunya'' semua orang mulutnya berbau bila bangun tidur, Cuba Tijah buat macam ni: Bangun saja dr tidur,Tijah terus pergi gosok gigi. Jangan cakap sepatah pun sebelum Tijah berus gigi. Ingat pesan mak tu, tau!!.

Seminggu kemudian,Daus dan Tijah pun berkahwinlah. Siap berkompang kompang lagi.Karoke pun ada juga. Semuanya berjalan lancar daus dan Tijah sentiasa ingat pesan mak dan ayah. hinggalah pada suatu pagi enam bulan kemudian.

Pagi itu,sebaik terjaga dari tidur, Daus mendapati sebelah stokingnya hilang. Daus terfikir, mungkin semalam dia terlupa memakainya semula selepas menggaru kaki yang digigit nyamuk.
Daus pun mencari cari di sekeliling katil.Sambil mencari,hidung Daus kembang kuncup sebab bau hapak mula meruwap dari kakinya.

Tindakan Daus menyelak nyelak cadar,selimut,dan bantal itu telah mengejutkan Tijah,Tijah terjaga,dan dengan panik dia terus bertanya, ''Apa yang abang buat tengah malam ini?''
Man terkejut.Dia memandang mulut Tijah dan berkata, ''alamak!! kenapa awak makan stoking saya.

huah,huah,huah,

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive