Video ini admin share kerana ia cukup menarik, paluan gendang dan nyanyian dari penyokong sangat memberikan makna kepasa Obinna kerana pada malam ini Obinna satu satunya pemain import dari luar negara yang beraksi untuk
Showing posts with label Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Kelantan. Show all posts
Wednesday, October 24, 2012
Saturday, August 25, 2012
Live Streaming Kelantan VS Kedah 25.08.2012
RENTAK menyerang Kelantan diteruskan sebaik saja wisel dibunyikan untuk memulakan ... 25.08.12 - Kelantan lwn Kedah ...
Live streaming
Kelantan VS Kedah
25.08.2012
Link expired
Sunday, August 12, 2012
Sejarah Tercipta “Qiam With Me” Bersama Sultan Kelantan
Sejarah negeri Kelantan sekali lagi tercipta ‘Qiam with me’ bersama Sultan Kelantan di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kelantan Serambi Mekah….
Istana bukan tempat kemegahan…sebaliknya menjadi tempat
Istana bukan tempat kemegahan…sebaliknya menjadi tempat
Saturday, June 30, 2012
Kelantan rampas takhta Lions XII dengan mengalahkan selangor
KELANTAN berjaya merampas kedudukan persada liga daripada pasukan Lions XII apabila mengalahkan Selangor 1-0 pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu .
Jaringan pemain import Mohamad Ghaddar pada
Sunday, May 27, 2012
Liga Super: Kelantan, Johor FC seri tanpa gol
KELANTAN dan Johor FC hanya mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan pada perlawanan Liga Super di Pasir Gudang, malam tadi.
Pasukan Kelantan yang merangkul Piala FA dan melayakkan diri ke pusingan suku akhir Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) gagal mengulangi kecemerlangan untuk kembali merapatkan jurang mata dengan pencabar terdekatnya, Lions XII.
Keputusan seri kali kelima daripada 17 perlawanan musim ini membolehkan skuad bimbingan Bojan Hodak itu hanya memungut 38 mata, enam mata di belakang Lions XII.
Pada separuh masa pertama, Kelantan ternyata tidak mempamerkan permainan menarik seperti yang diharapkan dengan mempamerkan aksi hambar.
Bagaimanapun, pasukan tuan rumah dilihat beraksi cemerlang apabila berjaya menyekat Kelantan dalam membolosi pintu gawang mereka.
Pada babak kedua, Kelantan mempertingkatkan usaha dalam memburu gol manakala pasukan tuan rumah pula banyak berkubu di kawasan sendiri mengawal asakan Kelantan sehingga ke wisel penamat.
Perlawanan itu juga menyaksikan dua kad kuning dilayangkan pengadil perlawanan kepada kedua-dua pasukan yang bermain kasar.
Saturday, May 26, 2012
Peluang Kelantan himpit kedudukan Lions XII
![]()
BARISAN pemain Kelantan sedia menggempur Johor FC di Pasir Gudang malam ini.
|
SELEPAS berjaya merangkul Piala FA dan melayakkan diri ke pusingan suku akhir Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Kelantan mahu terus menambah koleksi kejuaraan dan mengekalkan status sebagai penyandang juara Liga Super.
Aksi menentang Johor FC malam ini di Pasir Gudang merupakan peluang terbaik buat The Red Warriors untuk menekan kedudukan pendahulu, Lions XII yang mengungguli persada liga dengan kelebihan tujuh mata.
Pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim bagaimanapun mahu para pemainnya memandang serius pertemuan malam ini biarpun prestasi semasa tidak begitu menyebelahi pasukan kelab dari selatan tanah air itu.
Menurutnya, Johor FC dibarisi beberapa pemain berpengalaman seperti Khaironisam Shahbudin, Azi Shahril Azmi, Edy Helmi Manan dan ramai lagi yang mampu mengancam kedudukan Kelantan.
"Atas kertas, tugas kita nampaknya seperti mudah jika prestasi semasa Johor FC diambil kira, namun saya tidak melihat itu sebagai kelebihan kepada kita, sebaliknya kita perlu beraksi dengan baik sekiranya mahu menang.
"Sasaran kita adalah untuk memenangi perlawanan tersebut bagi merapatkan jurang mata dengan Lions XII," katanya ketika dihubungi semalam.
Tambahnya, sistem penggiliran pemain yang dilakukan oleh jurulatih setakat ini berfungsi dengan baik walaupun pemain terpaksa mengharungi jadual perlawanan yang padat.
Katanya, jurulatih kini sedang mengenal pasti beberapa kelemahan, terutamanya dari segi kekuatan mental selepas mereka hampir menerima padah ketika menang tipis ke atas Terengganu pada pusingan kedua Piala AFC baru- baru ini.
Dalam perkembangan lain, Azman berkata, pihak pengurusan mungkin akan menambah seorang lagi pemain import bagi memenuhi kuota bagi saingan Piala AFC selepas kontrak Onyekachi Nwoha tamat kelmarin.
Jelasnya, sehingga kini masih belum ada calon yang sesuai, namun pemain import baharu itu kelak perlu memenuhi beberapa kriteria bagi memperkuatkan pasukan dalam menghadapi saingan suku akhir pada September ini.
Wednesday, May 23, 2012
Misi peribadi Kelantan, Terengganu

PENJAGA gol Terengganu, Sharbinee Allawee (dua dari kiri) bersalaman dengan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat selepas sidang akhbar pusingan kedua Piala AFC di Hotel Grand Riverview, Kuala Terengganu semalam. Turut hadir, Butler (kiri) dan Hodak.
PERTEMBUNGAN dua wakil Malaysia, Kelantan dan Terengganu pada pusingan kedua Piala AFC malam ini sudah pasti ditunggu-tunggu oleh penyokong setia kedua-dua pasukan.
Bagi Kelantan, skuad The Red Warriors itu jelas sekali berada pada kemuncak prestasi selepas kejayaan menjulang Piala FA, Sabtu lalu.
Di kem Terengganu pula, skuad Peteh itu mahu memadam kekecewaan gagal mempertahankan Piala FA yang dimenangi mereka musim lalu selepas tersingkir pada aksi separuh akhir.
Aksi malam ini turut terarah kepada kelibat Peter James Butler – bekas jurulatih Kelantan yang kini membimbing Terengganu.
Kehadiran Butler ke Stadium Sultan Muhammad IV malam ini bakal menyaksikan beliau kembali menjejakkan kaki di bumi Kota Bharu selepas kontraknya sebagai pengendali Kelantan ditamatkan pada Februari lalu.
Bagi para pemerhati bola sepak tempatan, mereka menjangkakan aksi cukup sengit malam ini, malah ada yang meramalkan pertembungan itu lebih menarik berbanding aksi final Piala FA yang menemukan Kelantan dan Sime Darby di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu lalu.
Biarpun optimis mampu menjinakkan Terengganu, pengendali Kelantan, Bojan Hodak sekali lagi mengulangi pendiriannya bahawa Piala AFC bukan menjadi keutamaan The Red Warriors.
Sebaliknya Hodak berkata, Kelantan tetap fokus untuk mempertahankan kejuaraan Liga Super musim ini.
“Ia (Piala AFC) bukan keutamaan kami tetapi kami sudah berada di sini (pusingan kedua) dan saya mahu kami terus melangkah, seterusnya memenangi perlawanan malam esok (malam ini).
“Sudah pasti beraksi di laman sendiri memberikan kami kelebihan. Kami tidak pernah risau untuk bertemu sesiapa pun di sini (Stadium Sultan Muhammad IV),” kata Hodak pada sidang akhbar di Kota Bharu semalam.
Mengulas mengenai Terengganu yang kini dibimbing Butler, Bojan berkata: “Saya lebih fokus untuk mempersiapkan pasukan The Red Warriors.”
“Mungkin ia suatu yang baik untuk beliau tetapi saya mahu katakan, buat masa sekarang kami merupakan pasukan yang baik dan sentiasa mendapat keputusan yang baik.
“Jadi, mereka (pasukan lawan) yang datang ke sini perlu memikirkan reputasi kami. Saya mahu ia berakhir 90 minit, masa tambahan mungkin memberikan kita masalah,” ujarnya.
Sementara itu, Butler memberitahu, beliau kini sedang mempertingkatkan moral para pemainnya .
Jelas Butler, sebagai seorang jurulatih yang pernah membimbing Kelantan sebelum ini mungkin memberinya sedikit kelebihan, namun beliau lebih selesa untuk memberi tumpuan terhadap persiapan Terengganu.
“Saya mengenali para pemain Kelantan kerana saya berada di sini (Kelantan) selama lima bulan dan pernah bekerja keras bersama mereka.
“Saya tinggalkan mereka ketika mereka berada di puncak Liga Super dan saya rasa saya sudah melakukan yang terbaik untuk mereka.
“Perlawanan malam esok (malam ini) menjadi tugas pertama saya bersama Terengganu dan saya mahu melakukan yang terbaik,” jelasnya.
Monday, May 21, 2012
Lebih 2,000 sambut kepulangan wira TRW

Lebih 2,000 sambut kepulangan
KOTA BHARU - Lebih 2,000 penyokong sanggup berasak-asak menyambut kepulangan wira The Red Warriors (TRW) di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra semalam selepas berjaya menewaskan Sime Darby 1-0 malam kelmarin.
Pengerusi sambutan, Ibrahim Mat berkata, pemain- pemain diarak kira-kira 20 kilometer dengan menaiki jentera bermula dari lapangan terbang dan berakhir di rumah Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa di Bukit Marak.
Katanya, ia adalah sebagai memberi peluang kepada peminat pasukan bola sepak Kelantan untuk melihat Piala FA yang diidam-idamkan sejak 22 tahun lalu diarak bersama wira mereka setelah menang pada aksi akhir tersebut.
“Ini adalah untuk menghargai penyokong-penyokong yang tidak dapat bersama-sama merasai kegembiraan kemenangan ketika pemain beraksi di Stadium Bukit Jalil malam kelmarin.
“Hari ini (semalam) ramai yang datang ke sini dan ada yang sanggup beratur di sekitar jalan raya memberi sokongan kepada wira kita,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui semalam.
Tinjauan Sinar Harian semalam mendapati penyokong setia TRW memenuhi kawasan lapangan terbang seawal jam 2.20 petang lagi dengan pelbagai aksi menarik termasuk menyiarkan Dikir Warriors sebagai menghangatkan lagi sambutan.
Sebagai tanda sokongan ada yang datang dengan ahli keluarga masing-masing termasuk kanak-kanak dan sanggup mendukung si kecil berada di sekitar lapangan terbang dengan memakai jersi pasukan kebanggaan mereka dan mengibarkan bendera.
Semalam, lebih 100 peminat-peminat yang bermotosikal juga tidak melepaskan peluang menyertai perarakan tersebut yang dibantu oleh pasukan keselamatan untuk memastikan kelancarannya.
Pengerusi sambutan, Ibrahim Mat berkata, pemain- pemain diarak kira-kira 20 kilometer dengan menaiki jentera bermula dari lapangan terbang dan berakhir di rumah Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa di Bukit Marak.
Katanya, ia adalah sebagai memberi peluang kepada peminat pasukan bola sepak Kelantan untuk melihat Piala FA yang diidam-idamkan sejak 22 tahun lalu diarak bersama wira mereka setelah menang pada aksi akhir tersebut.
“Ini adalah untuk menghargai penyokong-penyokong yang tidak dapat bersama-sama merasai kegembiraan kemenangan ketika pemain beraksi di Stadium Bukit Jalil malam kelmarin.
“Hari ini (semalam) ramai yang datang ke sini dan ada yang sanggup beratur di sekitar jalan raya memberi sokongan kepada wira kita,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui semalam.
Tinjauan Sinar Harian semalam mendapati penyokong setia TRW memenuhi kawasan lapangan terbang seawal jam 2.20 petang lagi dengan pelbagai aksi menarik termasuk menyiarkan Dikir Warriors sebagai menghangatkan lagi sambutan.
Sebagai tanda sokongan ada yang datang dengan ahli keluarga masing-masing termasuk kanak-kanak dan sanggup mendukung si kecil berada di sekitar lapangan terbang dengan memakai jersi pasukan kebanggaan mereka dan mengibarkan bendera.
Semalam, lebih 100 peminat-peminat yang bermotosikal juga tidak melepaskan peluang menyertai perarakan tersebut yang dibantu oleh pasukan keselamatan untuk memastikan kelancarannya.
Sumber Sinar HArian
Labels:
Bola Sepak,
Juara Piala Fa 2012,
Kelantan,
The Red Warrior
Monday, September 12, 2011
Kelantan ikrar perbaiki rentak

PENYERANG Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha (kanan) dicabar
pertahanan Johor FC pada aksi di Stadium Sultan Muhammed IV kelmarin.
pertahanan Johor FC pada aksi di Stadium Sultan Muhammed IV kelmarin.
SELAKU penyandang juara Piala Malaysia, Kelantan berada di landasan terbaik untuk menempatkan diri ke peringkat suku akhir,l
Malam kelmarin, The Red Warriors meraih tiga mata berharga apabila membenam Johor FC 2-1 pada aksi Kumpulan C di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu.
Beraksi di atas padang licin, perlawanan sedikit terganggu sehingga Kelantan tersentak dengan jaringan awal pihak lawan pada minit ke-11 menerusi penyerang Johor FC, Eddy Helmi Manan.
Pemain tengah Kelantan, Shakir Shaari berjaya menggembirakan penyokong tuan rumah apabila rembatannya dari jarak 30 meter terkena seorang pemain pertahanan Johor FC sebelum bola menerjah gawang lawan pada minit ke-18.
Mohd. Ramzul Zahini muncul wira Kelantan apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan dua minit sebelum perlawanan berakhir.
Bagaimanapun, di sebalik kejayaan tersebut, kapten, Badri Radzi tetap kecewa dengan aksi yang dipamerkan barisan pemain Kelantan.
Tanpa berselindung, Badri mengakui mereka tidak mempamerkan tahap permainan sebenar kerana keletihan berikutan jadual latihan kecergasan yang terlalu padat.
“Faktor kekurangan perlawanan kompetitif selepas musim Liga Super tamat dan bulan Ramadan tidak timbul.
“Latihan padat yang terpaksa dilalui menyebabkan kami semua tidak sempat untuk memulihkan tenaga.
“Saya akui permainan kami malam tadi (kelmarin) sangat teruk, ia bukan tahap permainan sebenar pasukan Kelantan.
“Beraksi dalam cuaca hujan, padang licin serta badan penat menyebabkan mood kami sedikit terjejas,” kata Badri semalam.
Tambah Badri, biarpun terpaksa melalui pelbagai kesukaran itu, dia tetap bersyukur kerana Kelantan mampu memenangi perlawanan tersebut.
“Saya berharap Kelantan mampu mempamerkan tahap sebenar ketika menentang Felda United Rabu ini (malam esok),” jelasnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
SHARE THIS
Blog Archive
-
▼
2013
(256)
- ► July 7 - July 14 (1)
- ► June 30 - July 7 (1)
- ► June 23 - June 30 (1)
- ► June 2 - June 9 (1)
- ► May 26 - June 2 (6)
- ► May 19 - May 26 (16)
- ► May 12 - May 19 (3)
- ► May 5 - May 12 (6)
- ► April 28 - May 5 (28)
- ► April 21 - April 28 (29)
- ► April 14 - April 21 (13)
- ► April 7 - April 14 (66)
- ► March 31 - April 7 (14)
- ► March 10 - March 17 (2)
- ► March 3 - March 10 (10)
- ► January 27 - February 3 (10)
- ► January 20 - January 27 (11)
- ► January 6 - January 13 (17)
-
►
2012
(3468)
- ► December 30 - January 6 (15)
- ► December 16 - December 23 (128)
- ► December 2 - December 9 (61)
- ► October 28 - November 4 (75)
- ► October 21 - October 28 (155)
- ► October 14 - October 21 (147)
- ► October 7 - October 14 (103)
- ► September 30 - October 7 (156)
- ► September 23 - September 30 (214)
- ► September 16 - September 23 (223)
- ► September 9 - September 16 (206)
- ► September 2 - September 9 (168)
- ► August 26 - September 2 (151)
- ► August 19 - August 26 (128)
- ► August 12 - August 19 (94)
- ► August 5 - August 12 (198)
- ► July 29 - August 5 (159)
- ► July 22 - July 29 (106)
- ► July 15 - July 22 (79)
- ► July 8 - July 15 (90)
- ► July 1 - July 8 (95)
- ► June 24 - July 1 (78)
- ► June 17 - June 24 (127)
- ► June 10 - June 17 (71)
- ► June 3 - June 10 (14)
- ► May 27 - June 3 (70)
- ► May 20 - May 27 (47)
- ► May 13 - May 20 (5)
- ► May 6 - May 13 (3)
-
►
2011
(213)
- ► October 9 - October 16 (20)
- ► August 28 - September 4 (27)
- ► April 3 - April 10 (32)
-
►
2010
(39)
- ► August 22 - August 29 (10)
- ► August 1 - August 8 (8)









