Pengikut Boyzzonne

Saturday, June 9, 2012

Pelajar UTM ungguli reka cipta Bentley

SUHAIBAH dan Mohd Uznir bersama piala yang dimenangi  
di UTM Skudai, Johor Bahru, semalam.
SUHAIBAH dan Mohd Uznir bersama piala yang dimenangi di UTM Skudai, Johor Bahru..

Sepasang suami isteri dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengharumkan nama negara apabila diumumkan pemenang Pertandingan Rekacipta Pelajar Bentley 2012, mengalahkan lebih 100 pelajar dari universiti seluruh dunia.
Suhaibah Azri, 27 dan Mohd Uznir Ujang, 29, masing-masing menuntut pada peringkat Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah, UTM memenangi pertandingan kategori 'Unique Ways of Solving a Problem With GIS Technology' bagi kategori kaedah penyelesaian unik menggunakan bantuan Sistem Maklumat Geografi (GIS).
Pasangan itu mencipta kaedah 3D Geospatial Database untuk saluran paip bawah tanah bagi mengetahui kedudukan paip secara lebih tepat menggunakan kaedah tiga dimensi (3D) dengan gabungan GIS, yang dianjurkan syarikat perisian terkemuka dunia. 

Suhaibah, berkata penggunaan kaedah itu dapat mengesan dan menguruskan paip bawah tanah dengan tepat bagi tujuan penyelenggaraan tanpa membabitkan kerosakan pada paip lain yang mungkin ditanam di kawasan sama. 

“Kami tidak menyangka inovasi ini akan memenangi Pertandingan Rekacipta Pelajar Bentley kerana ia mendapat penyertaan pelbagai universiti dan pusat pengajian tinggi seluruh negara. 

“Kami bersyukur kerana gabungan idea kami berdua dapat diaplikasikan hingga diiktiraf syarikat perisian terkemuka dunia. 
“Berdasarkan kajian daripada beberapa syarikat utiliti, kami mendapati mereka berdepan masalah untuk mengesan kedudukan paip bawah tanah secara tepat. 

“Sehubungan itu, kami mengumpul data dari syarikat terbabit dengan bantuan perisian hingga kaedah pengurusan saluran paip bawah tanah dalam persekitaran 3D ini berjaya dihasilkan,” katanya di sini, semalam. 

Pasangan itu menerima hadiah wang tunai RM6,000 dan trofi dalam majlis khas yang diadakan di UTM yang disampaikan oleh Pengarah Penyelesaian Industri Bentley, John Taylor. Turut hadir Dekan Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah, UTM, Prof Dr Alias Abdul Rahman dan Pengarah Akademik Bentley System (Singapura) Ivy Branson. 

Sementara itu, Mohd Uznir, berkata reka cipta mereka itu akan dipatenkan untuk membolehkan ia digunakan secara meluas bagi membantu syarikat utiliti menyelesaikan masalah mengesan saluran paip atau kabel bawah tanah secara tepat. 

“Sebelum ini untuk mengetahui paip bawah tanah, ia dilakukan secara manual atau melalui visual. Bagaimanapun, dengan kaedah ini kedudukan paip atau kabel boleh dikesan dengan tepat melalui 3D. 

“Kami berharap kaedah ini dapat membantu syarikat utiliti dalam dan luar negara mengatasi masalah mengetahui kedudukan saluran paip dan kabel,


No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive