Pengikut Boyzzonne

Thursday, December 27, 2012

Menangis lihat klinik terbakar

HERMAN (kiri) meminta Pauline supaya mendapatkan suntikan bayinya di klinik lain selepas Klinik Kesihatan Triboh, Serian terbakar

SERIAN - Kebakaran yang memusnahkan Klinik Kesihatan Triboh berusia 48 tahun di Jalan Gedong di sini telah mengundang pelbagai perasaan, bahkan ada yang menangis dengan tragedi menimpa bangunan itu petang kelmarin.
Bukan setakat itu, para ibu yang mempunyai
janji temu di klinik berkenaan pagi semalam turut terkejut serta tercengang apabila mendapati klinik itu hanya tinggal beberapa tiang dan arang sahaja.
Bagaimanapun, seorang kakitangan klinik telah ditugaskan di tempat kejadian untuk memaklumkan kepada kaum ibu supaya merujuk ke klinik lain bagi mendapatkan pemeriksaan bayi masing-masing sementara waktu.
Penolong Rendah Am, Herman Ginsal yang ditemui Kosmo! memberitahu, seawal pukul 7 pagi lagi dia sudah berada di tempat kejadian bagi memaklumkan kepada kaum ibu untuk merujuk ke klinik lain buat sementara waktu.
"Lebih 20 orang kaum ibu yang tidak mengetahui klinik ini terbakar telah datang hari ini (semalam) untuk temujanji masing-masing dan rata-ratanya terkejut apabila melihat bangunannya musnah.
"Klinik ini biasanya menerima sehingga 100 orang pesakit terutamanya pada hari puncak, manakala lebih 40 orang pada hari-hari biasa kerana ia menjadi tumpuan lebih 20 kampung di sekitar kawasan ini," katanya di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive