Pengikut Boyzzonne

Showing posts with label Kebakaran. Show all posts
Showing posts with label Kebakaran. Show all posts

Thursday, December 27, 2012

Menangis lihat klinik terbakar

HERMAN (kiri) meminta Pauline supaya mendapatkan suntikan bayinya di klinik lain selepas Klinik Kesihatan Triboh, Serian terbakar

SERIAN - Kebakaran yang memusnahkan Klinik Kesihatan Triboh berusia 48 tahun di Jalan Gedong di sini telah mengundang pelbagai perasaan, bahkan ada yang menangis dengan tragedi menimpa bangunan itu petang kelmarin.
Bukan setakat itu, para ibu yang mempunyai

Monday, October 29, 2012

Pasangan kekasih mati terbakar

KEADAAN rumah yang terbakar dan menyebabkan sepasang kekasih maut di Polo Park, Jalan Bentara Luar Satu, Johor Bahru

JOHOR BAHRU - Sepasang kekasih maut dipercayai akibat sesak nafas selepas rumah mereka di Polo Park, Jalan Bentara Luar Satu di sini mengalami kebakaran semalam.
Kebakaran yang dipercayai berpunca dari bahagian belakang rumah jenis rumah bandar itu berlaku pada

Thursday, October 25, 2012

Banglo bekas menteri musnah terbakar


GOMBAK – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah mengalami kerugian kira-kira RM400,000 apabila banglo tiga tingkat miliknya musnah terbakar dipercayai akibat

Saturday, September 8, 2012

3 jasad rentung ditemui berpeluk

TRAGEDI...anggota unit forensik polis mengutip cebisan mayat tiga beradik

RANAU: Jeritan dan ratapan seorang wanita meminta tolong supaya tiga anak saudaranya diselamatkan ketika rumah mereka di Kampung Mokodou, di sini, terbakar semalam, gagal mengelak tiga kanak-kanak itu daripada rentung.

Sebaik api dipadamkan,

Sunday, August 26, 2012

19 maut loji penapis minyak meletup di Venezuela

KEADAAN loji penapis minyak di bandar Amuay yang terbakar semalam.

CARACAS - Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh manakala lebih 50 lagi cedera apabila loji penapis minyak terbesar di Venezuela meletup awal semalam.
Negara berkenaan merupakan pengeluar minyak terbesar di Amerika Selatan.
Letupan berlaku di fasiliti penapis minyak di bandar Amuay dalam

Friday, August 17, 2012

Hos gas terlucut, dapur meletup

SUNGAI PETANI - “Masih ada 72 bekas biskut raya tempahan pelanggan yang belum disiapkan. Namun saya tetap reda dengan kejadian ini dan menganggapnya sebagai takdir ALLAH SWT,” demikian luahan mangsa kebakaran di Flat Paya Nahu, awal pagi semalam.

Fithal Mohamad, 55, dan isterinya menjalankan perniagaan

Thursday, August 16, 2012

‘Super’ penyelamat | Bayi selamat daripada api



BUTTERWORTH: “Saya terkejut selepas mendengar tangisan bayi dalam rumah berkenaan. Nasib baik pintu tidak berkunci dan saya segera membawa bayi berkenaan keluar,” kata J P Supermaniam, 60.
Dia menjadi hero apabila

Thursday, August 9, 2012

Banglo ADUN Ajil hangus terbakar


 HULU TERENGGANU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Datuk Rosol Wahid kerugian lebih RM100,000 apabila banglo miliknya hangus terbakar sebaik pulang daripada

Wednesday, August 8, 2012

Maut Selepas TV Terbakar Ketika Menonton Olimpik

London – Seorang pesara yang begitu fanatik terhadap bidang sukan, akhirnya meninggal dunia selepas terhidu asap akibat kebakaran yang berpunca daripada televisyennya.

Pasukan penyiasat percaya, Peter Horbury, 69, meninggal dunia ketika menonton terlalu

Tuesday, August 7, 2012

Asap tebal skuter terbakar disangka 'rusuhan'


BESUT- Pembantu Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jertih, Mohd Razali Embong yang sedang membuat pemantauan Majlis Pengagihan Dana Hari Raya, terkejut melihat asap tebal di hadapan Dewan Majlis Daerah Besut (MDB) Gong Kemuntung dan menyangka berlaku rusuhan di kawasan tersebut.


“Saya menyangka ada orang tidak puas hati terhadap sistem agihan dana kemudian bertindak membakar motosikal kerana

Rumah sewa mendiang Loga Alleycats terbakar


GEORGE TOWN – Hampir keseluruhan daripada koleksi album peribadi milik ahli kumpulan Alleycats, mendiang Datuk Loganathan Arumugam hangus dalam kejadian kebakaran di rumah sewanya di Jalan Azeze, Tanjong Bungah di sini semalam.
Kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu turut memusnahkan tiga

Saturday, August 4, 2012

Suami isteri rentung sebelum sahur

SEORANG anggota forensik menjalankan siasatan di dalam rumah sepasang suami isteri warga emas yang rentung dalam kebakaran di Felda Pasoh Satu, Jelebu, Negeri Sembilan 

JELEBU – Hasrat suami isteri warga emas untuk bersahur tidak kesampaian apabila pasangan tersebut ditemui rentung dalam rumah mereka yang terbakar di Felda Pasoh Satu di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 4.15 pagi itu, dua mangsa yang terkorban ialah Zahari Hassan, 77, dan isterinya, Mariam Abd. Latif, 67. Mayat pasangan itu ditemui di

Wednesday, August 1, 2012

Lilin ranapkan sebuah rumah

eadaan rumah setinggan yang rentung dalam kebakaran yang dipercayai berpunca dari sebatang lilin.

TAIPING – Hanya kerana sebatang lilin, sebuah rumah di Kampung Murni, di sini, ranap dalam kebakaran menyebabkan sebuah keluarga tinggal sehelai sepinggang dalam kejadian jam 9.30 malam kelmarin.

Seorang ibu tunggal, Rohani Yahya, 50, melahirkan rasa sedih apabila

Friday, July 27, 2012

‘Mimpi pungut syiling’ - mungkin bawa petanda buruk


Mengikut pendapat orang tua-tua, jika bermimpi memungut duit syiling lama ia mungkin bawa petanda buruk sama ada rumah terbakar atau ahli keluarga terdekat meninggal dunia.
“Saya tidak sangka mimpi pelik itu ada benarnya apabila

(gambar) Kapal tangki Bunga Alpinia terbakar di Labuan


Sebuah kapal tangki bahan kimia dan minyak sawit milik MISC Berhad, meletup dan terbakar awal pagi tadi di Labuan.

Kapal  Bunga Alpinia, terbakar dan meletup di jeti terminal Petronas Chemicals Methanol Sdn Bhd berdekatan Pulau Enoe, Zon Industri Rancha-Rancha. kapal 38,000 DWT IMO II itu mempunyai 29 anak kapal yang terdiri daripada

Thursday, July 26, 2012

Anggota bomba dukung selamatkan warga emas


MARTINEZ (kiri) cuba memujuk Lui untuk turun semasa rumahnya terbakar di Racine kelmarin.

RACINE, Wisconsin - Seorang anggota bomba mendukung seorang warga emas, Pete Lui menuruni tangga dari tingkat dua rumahnya yang terbakar di sini kelmarin. Sebelum ketibaan

Monday, July 23, 2012

Bapa pukul anak sebelum bakar rumah sendiri

Seorang lelaki, dipercayai mengalami masalah kesihatan mental, memukul anak lelakinya berusia 15 tahun sebelum membakar rumahnya dua jam kemudian di Taman Serdang Utama, di sini, hari ini.

Bapa berusia 53 tahun itu, bagaimanapun, tidak melarikan diri malah berada di kawasan rumahnya yang hangus sebelum

Friday, July 20, 2012

Gadis maut terhidu asap tebal - kekasih lemah di beranda rumah


PASUKAN Bomba dan Penyelamat memadamkan api dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah di Jalan Lawa 9, Taman Pelangi Indah, Johor Bahru 

Seorang gadis mati akibat terhidu asap tebal manakala kekasihnya yang datang untuk menyelamatkannya ditemui lemah di beranda rumah yang terbakar di Jalan Lawa 9, Taman Pelangi Indah.
Difahamkan semasa kejadian pada pukul 8 pagi, mangsa, Loh Hui Jin, 24, yang berada seorang diri di

Tuesday, July 17, 2012

Suami isteri terbakar ketika tidur di Kampung Cenderawasih


KEADAAN bilik pasangan suami isteri yang terbakar dan menyebabkan mereka melecur di Kampung Cenderawasih, Pekan 

Seorang pelajar tingkatan empat bertindak berani apabila menyelamatkan ibu bapanya yang sedang terbakar dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Cenderawasih di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 2.30 pagi, ibu kandung dan bapa tiri Mohd. Amri Abu Bakar, 16, melecur teruk di seluruh tubuh selepas

Thursday, June 14, 2012

Wayne Rooney Masuk rumah terbakar - Mati Berpeluk

 Nenek,dua cucu rentung di ruang tamu

Rooney masuk rumah terbakar

HANGUS...Tahir di dalam rumahnya yang terbakar, semalam.
HANGUS...Tahir di dalam rumahnya yang terbakar, semalam.

SEDIH...ahli keluarga mangsa menunggu jenazah  untuk dikebumikan.
SEDIH...ahli keluarga mangsa menunggu jenazah untuk dikebumikan.


Seorang nenek dan dua cucu lelakinya ditemui rentung dalam keadaan berpelukan di ruang tamu tingkat atas rumah mereka yang terbakar dalam kejadian di Kampung Rembus, 

Dalam kejadian jam 2 petang itu, Uka anak Jenil, 54, bersama cucu lelakinya, Wayne Rooney anak Austin, 4, dan Christino Norado, 6, ditemui anggota bomba dan penyelamat dalam keadaan menyayat hati sebaik api dipadamkan.

Menurut suami Uka, Tahir Saban, 57, ketika kejadian dia berada di kedai runcit di bahagian depan rumahnya, manakala isteri dan tiga cucunya tidur di ruang tamu tingkat bawah rumah separuh konkrit itu.
Katanya, Christino mengejutkan neneknya apabila menyedari bahagian atas rumah mereka terbakar serta diselubungi asap.

Selepas mendengar jeritan Christino, Uka terjaga daripada tidur dan bergegas mengambil seorang lagi cucunya, Ryann Ferdinand anak Fedrick, berusia setahun lapan bulan yang tidur dalam buaian.

“Sebaik menyerahkan Ryann kepada saya, dia masuk semula dalam rumah dan naik ke tingkat atas. Tetapi, Rooney dan Christino yang ketika itu sudah berada di luar rumah mengikut neneknya masuk dalam rumah.
“Sebaik menyedari tindakan mereka, saya beberapa kali menjerit menyuruh mereka keluar menyelamatkan diri, tetapi jeritan saya tidak diendahkan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Tahir berkata, dia terkilan kerana tidak sempat menyelamatkan isteri serta dua cucunya kerana ketika itu dia mengendong cucunya yang masih kecil dan api yang marak terlalu cepat.


SHARE THIS

Blog Archive