Pengikut Boyzzonne

Tuesday, April 9, 2013

Dua Gadis Kolej Dicekup dalam bilik Hotel bersama Boyfren

Seorang pelajar sebuah institut pengajian tinggi (IPT) di sini, dicekup bersama teman lelakinya di sebuah hotel murah kerana didakwa berkhalwat,.

Pasangan terbabit ditahan sepasukan Pegawai Penguat kuasa Syariah Pejabat Agama Dungun yang mengadakan operasi khas pencegahan jenayah syariah di sekitar bandar ini, kira-kira jam 9.30 pagi.

Siasatan awal mendapati, teman lelaki berkenaan sanggup datang dari Johor dengan menaiki bas untuk bertemu teman wanitanya dan
mendaftar masuk di bilik hotel berkenaan.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan di hotel sama kira-kira 10 minit kemudian, seorang gadis kolej bersama pasangannya turut ditahan kerana disyaki berkhalwat dengan teman lelakinya.

Gadis berusia 20-an itu difahamkan baru sebulan berkenalan dengan teman lelakinya dan dipercayai menyewa bilik hotel berkenaan untuk melakukan perbuatan tidak bermoral.

Bagaimanapun selepas serbuan dibuat, siasatan mendapati kedua-dua pasangan terbabit tidak mempunyai hubungan muhrim dan mereka dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk diambil keterangan.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive