Pengikut Boyzzonne

Tuesday, April 9, 2013

Remaja Orang asli berlumba maut rempuh bas tepi jalan

Keseronokan tiga rakan memecut motosikal bersaing sesama sendiri berakhir tragedi apabila salah seorang mereka maut selepas motosikal ditunggang merempuh belakang sebuah bas persiaran yang
berhenti di tepi jalan di Kilometer 127, Jalan Kuantan-Johor Bharu dekat Rompin, awal pagi kelmarin.

Dalam nahas kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa berketurunan Orang Asli, Ramzi a/l Rahim, 18 meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di kepala.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, bas terbabit berhenti di tepi jalan di lokasi itu sebelum pemandunya, Mohammad Shah Sahal, 49 turun untuk membuang air.

Menurutnya, ketika bas terbabit bergerak untuk meneruskan perjalanan, pemandunya ternampak tiga motosikal dari arah belakang ditunggang laju.

“Salah seorang penunggang dipercayai gagal mengelak ketika mendekati bas lalu merempuh bahagian belakang kenderaan itu.

“Mangsa tercampak jatuh ke atas jalan manakala motosikal jenis Honda EX-5 yang ditunggang tersepit di belakang bas.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive