Pengikut Boyzzonne

Saturday, June 23, 2012

Mael Lambung - mael bukan sebarang mael




BUKAN Mael sebarang Mael namun Mael Lambong mula cetuskan satu fenomena. Asalnya ia hanya watak ciptaan dalam pertandingan jenaka Maharaja Lawak. Namun selepas
melihat potensinya yang mampu pergi jauh, Zizan dan produser-pengarah Ahmad Idham tanpa ragu-ragu berbincang untuk mengembangkan karakter ini kepada sebuah filem.

Ternyata, ia sesuatu yang cukup positif. Strategi mereka menjadi apabila sesi previu untuk media yang diadakan di TGV Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selasa lalu dihadiri ramai pihak sekali gus menimbulkan kejutan buat Idham dan semua yang terbabit menjayakannya. Selain Zizan, turut menjayakan filem ketujuh terbitan Excellent Pictures ini adalah Juliana Evans, Taiyuddin Bakar dan Shenthy Feliziana. 
Ada kelainan menyaksikan filem yang dikatakan bergenre biografi komedi karya Ahmad Idham ini apabila dia tampil menyelitkan isu-isu semasa dalam dunia artis antaranya kata mengata menerusi blog, laman sosial facebook dan twitter.

Bagaimanapun filem ini tidak lari daripada elemen pop apabila menyelitkan aksi Mat Rempit dan drift. Ramuan yang ditampilkan dalam filem terdahulu arahan Ahmad Idham seperti Impak Maksima, Adnan Sempit dan Hantu Bonceng tetap dikekalkan.




“Saya harap yang terbaik untuk filem ini. Apapun bergantung kepada Zizan juga untuk membuat sekuel Mael Lambong. Saya juga tak letak sasaran kutipan tertentu untuk filem ini kerana dalam mana-mana filem kerana ada antaranya yang OK dan tidak,” katanya.

Mengulas isu semasa yang diangkat menjadi bahan skrip antaranya sikap artis sendiri yang gemar meluahkan perasaan di laman sosial, Ahmad Idham berkata sekiranya sesebuah filem tidak mengangkat isu semasa, pengarahnya akan dikritik dan dianggap tidak peka.


“Saya bukan mengkritik sesetengah artis tapi siapa yang makan cili dia akan terasa pedasnya. Sepatutnya mereka guna untuk jalan kebaikan bukannya memburukkan sesiapa. Komedi saya lebih kepada komedi rakyat untuk semua golongan” katanya.

Zizan sendiri pula sudah awal-awal lagi mendaftarkan Mael Lambong sebagai harta inteleknya. Matlamatnya menghasilkan Mael Lambong bukan mahu mencari keuntungan sebaliknya mahu menghiburkan peminat yang menyokong dalam Maharaja Lawak.

“Saya sebenarnya tak jangka benda-benda dari pentas Maharaja Lawak akan difilemkan. Saya percaya karakter ini kuat dan teringin nak buat filem tapi tak mampu kerana kos yang tinggi. Apabila Idham tawarkan peluang saya terus setuju.

“Dialog filem ini banyak juga saya baiki supaya lebih cantik tapi tetap merujuk kepada Ahmad Idham. Tak mudah juga untuk saya bawakan watak ini kerana Mael Lambong dalam Maharaja Lawak suka marah tapi dalam filem ada pelbagai emosi termasuk sedih.

“Lawak yang ditampilkan juga bergantung kepada mimik muka. Hanya beberapa peratus unsur slapstik dimasukkan kerana saya banyak buat ‘dark comedy’.

“Orang sudah kenal saya menerusi pentas Raja Lawak, jadi agak sukar nak buang imej itu, tapi ada permainan lain yang saya tampilkan dalam Mael Lambong.

“Saya mengaku agak terkejut apabila Mael Lambong dibuat tanpa Johan. Nama Mael Lambong pun dicetuskan oleh dia dan saya sangat berterima kasih padanya. Sayang juga saya berlakon tanpa Johan.

“Kami ada perancangan lain apabila tidak babitkan dia. Lagipun ketika penggambaran jadual Johan bertindih dengan tawaran lain. Mungkin sekarang Mael Lambong diketengahkan dulu dan selepas ini mungkin akan ada watak Acai (Johan) pula,” katanya.

Dianggap filem ini hadir tepat pada masanya memandangkan dia baru saja memenangi gelaran Juara Super Spontan, Zizan enggan mendabik dada.

“Penonton sekarang bijak dan melihat kepada cerita yang disampaikan. Sebelum ini saya ada juga berlakon filem lain tapi sambutannya sederhana. Saya tak mahu cakap cerita ini bagus atau bagaimana tapi saya selalu akan tengok respon untuk 15 minit pertama.

“Saya lega kerana melalui tayangan yang dibuat penonton sudah ketaa sebaik menyaksikan babak-babak awal,” katanya.

Pelakon gandingan Jue Aziz pula menyifatkan filem ini mencabar kerana di sebalik komedi yang dibawakan oleh Zizan, dia pula terpaksa membawa watak serius.

“Gandingan saya dengan Zizan memang tiada masalah. Cuma saya terpaksa tahan ketawa untuk menjiwai watak serius. Saya juga takut apabila terbabit dalam babak drift.

“Selain itu banyak kerja perlu dibuat untuk menjayakan babak-babak pergaduhan. Namun saya beruntung kerana ada sedikit asas dalam seni mempertahankan diri iaitu taekwondo dan gimnastik,” kata Jue.

Jue yang kini menyambung pelajaran peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perfileman, Video & Media di Universiti Western Michigan, pulang bercuti sejak tiga minggu lalu dan akan berada di Malaysia sehingga selepas Aidilfitri.

Sinopsis Mael lambung

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive