Seorang ahli keluarga mangsa menunjukkan kain berlumuran darah yang diguna untuk membalut luka dan badan bayi malang itu. |
"SEBELUM itu, saya dengar suara anak dan suami ketawa dari dalam bilik. Saya berada di dapur bersama anak sulung, Mohd Al-Amin, 2," kata Suze Jalit, 26, ibu bayi malang, Nor Amirah yang maut disembelih bapanya
sendiri di Felda Panching Selatan, dekat sini, malam semalam.
Suze berkata, tiba-tiba terdengar suara anaknya yang berusia 11 bulan 20 hari itu menangis, namun masih tidak mengesyaki apa-apa.
"Hinggalah apabila saya dapati Amirah tiba-tiba senyap selepas dua kali menangis, barulah saya rasa seperti ada yang tidak kena segera berlari ke bilik. Ketika itulah ternampak leher Amirah berlumuran darah.
"Anak saya masih atas katil sementara suami pula memegang parang pendek," katanya.

Ketika ditemui semalam, wanita itu ternyata masih sukar menerima kenyataan bayinya sudah tiada, apa lagi nyawanya diragut ayah sendiri.
"Baru petang semalam (kelmarin) kami sekeluarga keluar berjalan-jalan. Ayahnya pun sangat mesra dengannya dan bermain-main dengannya hingga ke malam. Tak sangka pula kesudahannya ini yang terjadi," katanya sambil mengesat air mata.
Mengenai suaminya, Suze berkata, lelaki berusia 29 tahun itu mendakwa sering dengar bisikan suara kononnya ada orang mahu membunuh dan membakar Nor Amira.
Mengenai suaminya, Suze berkata, lelaki berusia 29 tahun itu mendakwa sering dengar bisikan suara kononnya ada orang mahu membunuh dan membakar Nor Amira.
Adik lelaki itu, Norazliza Ismail, 23, pula berkata, dia menonton TV ketika mendengar kakak iparnya (Suze) menjerit dan menangis.
"Saya bergegas ke bilik dan melihat Amirah sudah tidak bernyawa dan lehernya berlumur darah. Saya kuatkan hati, ambil kain dan balut luka pada lehernya," kata gadis itu.
"Saya bergegas ke bilik dan melihat Amirah sudah tidak bernyawa dan lehernya berlumur darah. Saya kuatkan hati, ambil kain dan balut luka pada lehernya," kata gadis itu.
Norazliza berkata, abangnya pula yang disyaki terlibat perbuatan itu, seolah-olah baru tersedar khayalan. Dia menangis, meratap setelah melihat keadaan anaknya malah dikatakan turut menghubungi polis dan ambulans.
"Sebelum ini, dia sering alami gangguan fikiran. Dia pernah mengaku selalu dengar bisikan ada orang mahu bunuh dan bakar anaknya. Dia mahu bunuh sendiri anaknya daripada biar dibunuh orang lain," katanya.
Jenazah bayi malang itu dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk dibedah siasat, sebelum dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Felda Panching Selatan, dekat sini.
No comments:
Post a Comment