Pengikut Boyzzonne

Sunday, November 18, 2012

TERKINI: Presiden Mesir Telefon Najib Bincang Hentikan Serangan Israel Di Gaza


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi menerima panggilan daripada Presiden Mesir, Mohamed Morsi membincangkan serangan terbaru tentera Israel dan serangan udara di Gaza.
Dalam panggilan telefon selama 15 minit itu, kedua-dua pemimpin melahirkan hasrat untuk bekerjasama
menamatkan keganasan semasa di Gaza.
Satu kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri menyatakan bahawa kedua-dua negara bersetuju mendapatkan broker kuasa antarabangsa untuk mempengaruhi Israel menghentikan pencerobohan tenteranya terhadap rakyat Palestin.
Najib dan Mohamed juga menggesa Hamas untuk mengelak daripada tindakan yang akan meningkat konflik ke dalam konfrontasi lebih besar.
Serangan udara Israel sejak tiga hari lalu telah mengorbankan 19 penduduk Palestin termasuk enam kanak-kanak dan seorang wanita mengandung. – Bernama

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive