Pengikut Boyzzonne

Sunday, November 18, 2012

Bilal masjid negeri Pahang maut kemalangan selepas solat Subuh kemla


KUANTAN - Beberapa ketika selepas melaungkan azan dan bersolat Subuh di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di sini, bilal masjid berkenaan maut dalam kemalangan jalan raya semalam.
Azamuddin Mansor, 40, meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan pada
pukul 7 pagi.
Pegawai Penguat Kuasa Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, dalam kejadian pukul 6.40 pagi itu, Azamuddin yang menunggang motosikal sendirian bertembung dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat dekat Jalan Tun Ismail di sini.
"Mangsa yang datang dari arah Jalan Tun Ismail telah bertembung dengan kereta tersebut ketika hendak membelok ke Jalan Bukit Sekilau.
"Mangsa yang parah di kepala dan badan telah dikejarkan ke HTAA untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia 20 minit kemudian," katanya di sini semalam.
Zainalabidin berkata, siasatan awal mendapati kemalangan di tengah-tengah persimpangan lampu isyarat itu berpunca daripada lampu isyarat yang tidak berfungsi.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive