Pengikut Boyzzonne

Wednesday, November 21, 2012

Gengster Bergaduh hingga putus kepala


AMPANG JAYA - Dendam angkara berebut kawasan untuk dikuasai melibatkan dua kumpulan kongsi gelap dipercayai menjadi punca dua pemuda maut manakala seorang lagi cedera parah diserang oleh sekumpulan
lelaki bersenjatakan parang di padang permainan kanak-kanak di Lorong Ikan Jelawat 6, Kampung Ampang Campuran di sini kelmarin.
Sebelum kejadian pada pukul 6.30 petang, ketiga-tiga mangsa yang berusia 21 dan 25 tahun itu bersama empat lagi rakan berkumpul dan minum di padang berkenaan sebelum mereka tiba-tiba dihampiri sekumpulan 10 lelaki yang menaiki sebuah kereta Proton Waja dan empat buah motosikal.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, kesemua suspek itu kemudian turun dari kenderaan masing-masing sebelum beberapa pemuda dalam kumpulan lelaki yang bersenjatakan parang itu menyerang tiga mangsa yang duduk di padang itu.
Ketiga-tiga mangsa cuba melarikan diri tetapi mereka dikejar sebelum ditetak bertubi-tubi oleh kumpulan lelaki itu.
Bagaimanapun, menurut beliau, empat lagi rakan mangsa yang berada di situ tidak dicederakan.
"Serangan itu menyebabkan seorang mangsa maut di tempat kejadian, seorang lagi mati sejurus tiba di Hospital Ampang manakala seorang lagi cedera parah di beberapa bahagian badan," kata beliau kepadaKosmo! di sini.
Kata beliau, siasatan awal mendapati ada kemungkinan kumpulan berkenaan merancang untuk menyerang ketiga-tiga sahabat itu setelah mendapat maklumat mereka berada di padang tersebut.
Mangsa yang mati di tempat kejadian ialah B. Balaraj. Lelaki berusia 25 tahun itu dikatakan mati dalam keadaan ngeri dengan kepalanya putus. T. Haridas, 21, yang meninggal dunia di Hospital Ampang pula dikatakan hampir putus tangan dan kaki kirinya.
Amiruddin memberitahu, seorang orang awam yang menjadi saksi kejadian dan empat lagi rakan mangsa telah dipanggil dan diambil keterangan bagi membantu siasatan kes pembunuhan itu.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan kedua-dua mayat dipindahkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat.
Mengikut satu sumber, kumpulan mangsa dan kumpulan penyerang dipercayai menganggotai kumpulan kongsi gelap yang bertapak di Ampang Jaya dan Cheras.
Dua kumpulan kongsi gelap itu dipercayai berdendam selepas berlaku masalah dalam perebutan kawasan untuk dikuasai.
Selain itu, semasa kejadian kumpulan penyerang berada dalam pengaruh alkohol.
Sementara itu, bapa saudara kepada Haridas, Abdul Rahman Jayaraja, 53, berkata, anak saudaranya itu bukan anggota kongsi gelap tetapi dia yang bekerja sebagai penghantar surat turut ditetak ketika cuba menyelamatkan rakan-rakannya yang diserang lebih 10 lelaki.
Menurutnya, Haridas sentiasa melindungi rakan-rakannya dan kematiannya kelmarin juga kerana dia mahu menyelamatkan rakan-rakannya daripada diserang.
"Saya diberitahu, dia baru pulang daripada kerja dan singgah sebentar di tempat kejadian untuk berjumpa rakan-rakannya.
"Sebelum kejadian, Haridas dikatakan singgah di padang itu tetapi tiba-tiba sekumpulan lelaki muncul dan menyerang rakan-rakannya," kata Abdul Rahman ketika ditemui di Bilik Mayat PPUKM di sini.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive