Pengikut Boyzzonne

Showing posts with label Penyakit. Show all posts
Showing posts with label Penyakit. Show all posts

Saturday, September 22, 2012

Bayi bersisik berkurung dalam rumah

TASEK GELUGOR: Seorang bayi lelaki terpaksa berkurung dalam rumah sejak dilahirkan berikutan penyakit kulit dihidapinya yang menyebabkan dia berasa gatal selain kulit bertukar kemerahan jika terkena cahaya matahari.
Selain itu, kulit Mohd Adam Qayyum Mohd Shahidan, setahun lima bulan juga kelihatan bersisik dan mudah tertanggal jika digaru serta lebih teruk jika terdedah kepada

Thursday, August 30, 2012

Rahsia Di Sebalik Minum Air Kencing Unta


Sejak 3000 tahun sebelum Masihi lagi Manusia telahpun mengenali Unta. Mereka menggunakan unta sebagai alat transport manusia dan pengangkutan barang. Di samping itu, unta juga dijadikan sebagai

Tuesday, August 28, 2012

Wanita Capai Kepuasan Syawat 200 Kali Sehari

Keadaan ini menyebabkan dia dalam kesakitan dan tidak mampu menjalin hubungan seperti insan biasa yang lain.

Doktor percaya keadaan itu berlaku selepas Ramsey terjatuh daripada tangga pada 2001.

“Jika wanita lain tertanya-tanya bagaimana untuk

Saturday, August 25, 2012

Fakta Mengenai Rabun Dekat


Masalah rabun mata antara masalah yang dihidapi oleh semua golongan. Jika dahulu ramai yang beranggapan bahawa hanya orang yang sudah berumur sahaja mengalami masalah rabun, namun golongan kanak-kanak juga turut mengalami perkara yang sama. Rabun dekat merupakan antara sebab penglihatan yang kabur. Objek yang jauh akan

Friday, August 3, 2012

Tanda-tanda Awal Kanser


TANDA-TANDA AWAL KANSER
(1) Kanser pangkal rahim – sebarang lelehan atau pendarahan yang luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.
(2) Kanser payudara – bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.
(3) Kanser usus besar – perubahan pada tabiat membuang air,hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa

Monday, July 30, 2012

Asmah derita penyakit kulit misteri


PENYAKIT kulit misteri yang ditanggung Asmah membuatkan dia susut berat badan.

KUALA LUMPUR – Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Begitulah penderitaan ditanggung seorang suri rumah yang mahu dikenali sebagai Asmah Mian, 51, ekoran penyakit kulit misteri dialaminya sejak dua tahun lalu.
Penyakit tersebut mula disedarinya di bahagian kiri dahi yang ditumbuhi

Saturday, July 28, 2012

Kembar Siam berjaya dipisah Jb berjaya dipisahkan di HKL



Pakar-pakar perubatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) mencatat satu lagi sejarah apabila berjaya memisahkan kembar Siam berusia setahun yang berasal dari Segamat, Johor dan bercantum di bahagian

Bahaya - Bahaya Ke Pasar Malam - Pasar malam sarang batuk kering


Siapa sangka pasar malam yang selama ini menjadi tempat tumpuan orang ramai membeli pelbagai barangan basah serta makanan kini menjadi antara kawasan yang berisiko tinggi merebaknya penyakit berjangkit terutamanya

Tuesday, July 24, 2012

Mohd Izanuddin Hisham Muhamad, ‘Macam artis pula’


KEMBALI NORMAL...Muhamad Hafiz (kanan) meneliti jahitan di kepala Hisham.


PASIR MAS: “Ramadan tahun ini sungguh bermakna buat saya selepas tiga tahun terpaksa ‘berkurung’ dalam rumah kerana malu sebab kepala saya lain daripada yang lain,” kata Mohd Izanuddin Hisham Muhamad, 24, atau lebih dikenali sebagai Hisham yang gembira selepas dibenarkan pulang ke rumah.

Ayat pertama terkeluar daripada mulut Hisham sebaik dibenarkan keluar dari

Thursday, July 19, 2012

Dapat penyakit selepas tarik tikus dari mulut kucing


Seorang tukang pateri, Paul Gaylord dijangkiti penyakit hawar selepas dia menarik seekor tikus daripada mulut kucing.
Ketika kejadian, kucing peliharaannya yang bernama Charlie tercekik tikus yang

Saturday, July 14, 2012

Malu digelar muka gajah


Seorang bapa menitiskan air mata apabila mengenangkan nasib anak perempuannya yang sering dicerca dan dihina oleh orang lain kerana mengalami kecacatan teruk pada wajahnya akibat penyakit yang sukar diubati.
Bagi Chan Hoong Yee, 67, dia sudah tidak sanggup lagi melihat anaknya, Chan Mong Ping, 43, dipinggirkan masyarakat akibat penyakit Port Wine Stain atau Haemongiomas Rata yang dialaminya sejak lahir.
Hoong Yee yang merupakan seorang buruh binaan berkata, dia dan keluarga sudah kering air mata mengenangkan masa depan anak perempuan sulung daripada lima beradik itu.
"Mong Ping tidak pernah mendapat sebarang rawatan sama ada moden mahupun rawatan tradisional ekoran masalah kewangan yang saya hadapi.
"Akibat tiada sebarang rawatan, kini tangan kanannya menjadi lemah dan penglihatannya juga terjejas

Baca yang Lain

Wednesday, July 11, 2012

Buah Pinggang Baru - Bayar RM250,000 untuk pulih


BILANGAN pesakit buah pinggang semakin ramai serta penderma yang sedikit mendorong segelintir pesakit berusaha mendapatkan organ itu secara haram.

Kesukaran memperoleh penderma organ di negara ini menyebabkan segelintir pesakit buah pinggang sanggup menghabiskan sehingga RM250,000 bagi mendapatkan buah pinggang baharu dan menjalani pembedahan di luar negara melalui broker organ haram.
Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pendaftaran Renal Kebangsaan (NRR), Datuk Dr. Ghazali Ahmad berkata, kos pembedahan pemindahan buah pinggang di hospital kerajaan cuma RM500 tetapi

Monday, July 9, 2012

(Gambar)Gadis pakai lampin - Umur 19 tahun tapi badan macam 3 tahun -



Melihat susuk tubuhnya, dia bagaikan kanak-kanak berusia tiga tahun manakala tingkah laku pula seperti bayi apabila tidak dapat bertutur atau berdiri serta masih memakai lampin pakai buang.
Begitu nasib Siti Salwani Abdullah, dari Kampung Simpol, Tok Uban, dekat sini, yang berusia 19 tahun.
Dengan ketinggian cuma 83 sentimeter dan berat 14 kilogram, anak keempat daripada tujuh beradik itu terpaksa melupakan segala-galanya, termasuk alam persekolahan dan remaja.

Dia kini terperap di rumah bersama bapanya, Abdullah Salleh, 67, tiga adik, Mohd Khir, 18, Mohd Lutfi, 16 dan Saadon, 14, dan datuk, Salleh Awang Kechik, 90, selepas ibu mereka, Ramlah Ismail, meninggal dunia pada 2007 akibat barah hati.

Sunday, July 8, 2012

Tanda-tanda Awal Kanser


(1) Kanser pangkal rahim
- sebarang lelehan atau pendarahan yang luar biasa.
- sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.
(2) Kanser payudara
- bengkak atau gumpalan di buah dada.
- keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.
(3) Kanser usus besar
- perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan.
- sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.
(4) Kanser paru-paru
- batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.
(5) Kanser perut
- hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yang tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.
(6) Kanser limpa
- sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
(7) Kanser ovari
- haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.
(8) Kanser otak
- sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.
(9) Kanser prostat
- sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
(10) Kanser darah (leukimia)
- letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).
(11) Kanser tekak
- suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

Sunday, July 1, 2012

Murung tertekan Derita Hilang Deria Bau



Hidup tanpa deria bau mungkin tidak pernah dibayangkan kerana kes itu jarang berlaku. Namun, bagi seorang ibu dua anak, kehilangan deria bau memaksanya menyesuaikan diri dengan situasi baru yang sedikit sebanyak menjejaskan kehidupan seharian, apatah lagi dia bekerja sebagai

Thursday, June 28, 2012

Doktor buang ketumbuhan 15kg daripada badan kanak-kanak


GAMBAR X-ray menunjukkan rangka badan Rodriguez yang mengalami ketumbuhan di bahagian kanan badannya.

Sekumpulan doktor di Mexico berjaya membuang ketumbuhan seberat 15 kilogram (kg) daripada badan seorang kanak-kanak berusia

Friday, June 15, 2012

75 pelatih PLKN dijangkiti H1N1

75 pelatih PLKN dijangkiti H1N1
Hospital Kuala Nerang, yang menempatkan pelatih-pelatih yang dimasukkan ke wad.

75 pelatih PLKN dijangkiti H1N1
Dua pelatih dilihat mengenakan topeng hidung dan mulut bagi mengelakkan jangkitan.




ALOR SETAR - Seramai 75 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Dusun Minda Resort, Kampung Pisang, Jalan Padang Sanai, Kuala Nerang, disahkan dijangkiti virus Influenza A (H1N1), kelmarin.

Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Ismail Abu Taat berkata, kes berkenaan mula dikesan apabila ramai pelatih di kem terbabit mula mengalami demam dan batuk.

“Mereka kemudiannya dibawa pihak pengurusan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Nerang dan hasil pemeriksaan mendapati kesemuanya disahkan dijangkiti virus berkenaan.

“Seramai 60 pelatih hanya menerima rawatan pesakit luar manakala 15 daripadanya termasuklah 11 pelatih lelaki dan empat pelatih perempuan, ditahan di wad Hospital Kuala Nerang untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, punca jangkitan dipercayai bermula daripada salah seorang pelatih yang sudah dijangkiti H1N1 yang kemudiannya merebak kepada pelatih lain sama ada akibat batuk atau bersin yang tidak mengikut tatacara yang betul.

“Setakat petang ini, tiada laporan mengenai pertambahan bilangan pelatih yang dikesan dijangkiti virus berkenaan.

“Ini merupakan kes pertama pada tahun ini, dan setakat ini tiada kes-kes melibatkan virus lain dikesan di negeri ini,” katanya.

Ismail berkata, golongan waris dan ibu bapa pelatih-pelatih di kem terbabit tidak perlu bimbang kerana keadaan pada masa kini masih terkawal.

“Kem itu tidak ditutup sebaliknya semua pelatih dan kakitangan diminta menumpukan kepada aspek penjagaan kebersihan, cuma ingin saya tekankan ialah individu yang mengalami demam dan batuk, perlu segera mendapatkan rawatan di pusat kesihatan berhampiran.

Thursday, June 14, 2012

Budak tidur 2 bulan tak bangun bangun

STACEY bersama ibunya terpaksa berdepan banyak masalah, termasuk tanggapan serong orang ramai.
STACEY bersama ibunya terpaksa berdepan banyak masalah, termasuk tanggapan serong orang ramai.


Gara-gara menghidap penyakit gangguan saraf, seorang pelajar tercicir daripada peperiksaan selepas tertidur pada April lalu dan hanya terjaga minggu lalu.
Disebabkan masalah itu, Stacey Comerford, 15, terlepas sembilan peperiksaan walaupun dia dijangka memperoleh markah A dalam setiap subjek diambilnya.

Insiden itu juga mencatat rekod tidur paling lama untuk Stacey.
Berasal dari Telford, Shropshire, Stacey menjadi seorang daripada kira-kira 1,000 penghidap Sindrom Kleine Levin atau turut dikenali sebagai Sindrom Sleeping Beauty.

Media semalam melaporkan, Stacey berharap dia dapat mengulang pembelajarannya secara sambilan dan kesal dengan kejadian menimpanya.

Bagaimanapun, kata Stacey, dia bersyukur di sebalik insiden itu kerana semakin ramai memahami masalah dihadapinya.
“Sebelum ini, orang tidak percaya pada apa yang saya alami dan ramai menyangka saya berdalih jika di sekolah, saya tiba-tiba minta izin untuk pulang kerana kepenatan,” katanya.

Sebelum ini, Stacey pernah tidur selama 20 jam sehari dan hanya bangun untuk menghirup sedikit minuman atau pergi ke tandas.
Ibunya, Bernie Richards, terpaksa menyuap sedikit makanan di antara waktu tidur itu bagi memastikan dia sihat sebelum kembali tidur.

Tidur melampau Stacey juga menyebabkan dia hilang berat badan hampir 13 kilogram.

Menurut Bernie, 53, apabila Stacey tertidur, tiada sebarang amaran atau tanda, sebaliknya berlaku secara tiba-tiba.

“Saya pernah terjumpa Stacey tertidur di lantai dapur,” katanya.

Apabila terjaga, kata Bernie, Stacey menyangka dia hanya tidur semalaman dan tiada sebarang ingatan mengenainya.

Menurut Bernie, Stacey mula mengalami simptom itu kira-kira setahun lalu tetapi hanya disahkan menghidap penyakit berkenaan pada Mac.

Pada peringkat awal, katanya, doktor menyangka perubahan emosi Stacey cuma disebabkan faktor usia seperti remaja lain.

“Doktor juga pernah mengesyaki Stacey mengalami ketumbuhan otak, tetapi nasib baik ujian dijalankan menunjukkan sebaliknya,” katanya.

Pengesahan mengenai Sindrom Kleine Levin diperoleh ketika Stacey dirawat pakar saraf di Hospital Kanak-kanak Birmingham. - TS



SHARE THIS

Blog Archive