Pengikut Boyzzonne

Wednesday, July 11, 2012

Buah Pinggang Baru - Bayar RM250,000 untuk pulih


BILANGAN pesakit buah pinggang semakin ramai serta penderma yang sedikit mendorong segelintir pesakit berusaha mendapatkan organ itu secara haram.

Kesukaran memperoleh penderma organ di negara ini menyebabkan segelintir pesakit buah pinggang sanggup menghabiskan sehingga RM250,000 bagi mendapatkan buah pinggang baharu dan menjalani pembedahan di luar negara melalui broker organ haram.
Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pendaftaran Renal Kebangsaan (NRR), Datuk Dr. Ghazali Ahmad berkata, kos pembedahan pemindahan buah pinggang di hospital kerajaan cuma RM500 tetapi
prosedur yang sama menggunakan organ haram di luar negara boleh mencecah RM250,000.
Katanya, perbuatan tersebut bukan sahaja menyalahi undang-undang tetapi juga menimbulkan komplikasi kesihatan.
“Kami tidak ada statistik jumlah pesakit Malaysia yang menjalani pemindahan organ secara haram di luar negara memandangkan ia pembedahan tidak rasmi tetapi kita dapat maklumat kegiatan itu didalangi broker haram.
“Masalahnya dalam setahun hanya ada 20 hingga 30 penderma organ sedangkan senarai menunggu sudah seramai 16,000 orang. Dalam keadaan ini orang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan buah pinggang baharu.





No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive