Pengikut Boyzzonne

Friday, June 15, 2012

75 pelatih PLKN dijangkiti H1N1

75 pelatih PLKN dijangkiti H1N1
Hospital Kuala Nerang, yang menempatkan pelatih-pelatih yang dimasukkan ke wad.

75 pelatih PLKN dijangkiti H1N1
Dua pelatih dilihat mengenakan topeng hidung dan mulut bagi mengelakkan jangkitan.




ALOR SETAR - Seramai 75 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Dusun Minda Resort, Kampung Pisang, Jalan Padang Sanai, Kuala Nerang, disahkan dijangkiti virus Influenza A (H1N1), kelmarin.

Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Ismail Abu Taat berkata, kes berkenaan mula dikesan apabila ramai pelatih di kem terbabit mula mengalami demam dan batuk.

“Mereka kemudiannya dibawa pihak pengurusan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Nerang dan hasil pemeriksaan mendapati kesemuanya disahkan dijangkiti virus berkenaan.

“Seramai 60 pelatih hanya menerima rawatan pesakit luar manakala 15 daripadanya termasuklah 11 pelatih lelaki dan empat pelatih perempuan, ditahan di wad Hospital Kuala Nerang untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, punca jangkitan dipercayai bermula daripada salah seorang pelatih yang sudah dijangkiti H1N1 yang kemudiannya merebak kepada pelatih lain sama ada akibat batuk atau bersin yang tidak mengikut tatacara yang betul.

“Setakat petang ini, tiada laporan mengenai pertambahan bilangan pelatih yang dikesan dijangkiti virus berkenaan.

“Ini merupakan kes pertama pada tahun ini, dan setakat ini tiada kes-kes melibatkan virus lain dikesan di negeri ini,” katanya.

Ismail berkata, golongan waris dan ibu bapa pelatih-pelatih di kem terbabit tidak perlu bimbang kerana keadaan pada masa kini masih terkawal.

“Kem itu tidak ditutup sebaliknya semua pelatih dan kakitangan diminta menumpukan kepada aspek penjagaan kebersihan, cuma ingin saya tekankan ialah individu yang mengalami demam dan batuk, perlu segera mendapatkan rawatan di pusat kesihatan berhampiran.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive