Hidup tanpa deria bau mungkin tidak pernah dibayangkan kerana kes itu jarang berlaku. Namun, bagi seorang ibu dua anak, kehilangan deria bau memaksanya menyesuaikan diri dengan situasi baru yang sedikit sebanyak menjejaskan kehidupan seharian, apatah lagi dia bekerja sebagai
tukang masak.
Mazlen Mahbob, 35, kini bukan saja tidak dapat menghidu bau masakan dipesan pelanggan di restorannya, malah berdepan bahaya kerana gagal mengesan bau asap jika berlaku kebakaran atau kebocoran gas.
“Selama ini apabila memasak, saya anggap lidah paling penting untuk merasa masakan, tapi selepas hilang deria bau, baru saya sedar ia juga tak kurang pentingnya.
“Mungkin kalau bukan tukang masak, saya tak kisah sangat hilang deria bau. Ketika mula-mula berdepan pengalaman ini, saya jadi tak tentu arah, sangat tertekan dan mengalami kemurungan. Adik-beradik pula kurang percaya apabila saya beritahu hilang deria bau,” katanya.
Mazlen hilang deria bau sejak empat bulan lalu selepas terjatuh dan pengsan, mengakibatkan kepalanya mengalami hentakan kuat dan bengkak.
Kejadian berlaku selepas dia yang ada masalah tekanan darah rendah merawat luka di jari tangan anak sulungnya, Iffat Muqri, 11, yang juga kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) akibat terkena tin minyak sapi.
“Ketika itu saya kurang sihat. Selepas memasak di restoran, saya naik ke tingkat atas untuk berehat. Iffat datang kepada saya dengan menunjukkan tangannya yang luka terkena tin minyak sapi. Walaupun ngilu tengok darah, saya bersihkan lukanya, sapu minyak gamat dan bersihkan darah di lantai.
“Tiba-tiba saya jatuh, diserang sawan dan cuma tersedar 15 minit kemudian dengan kepala bengkak. Mujur suami (Aizuddin Abdullah, 39) ada dan dia menghantar saya ke hospital,” katanya.
Mazlen ditahan di wad selama dua hari dan pemeriksaan doktor mendapati dia mengalami pendarahan di bawah lapisan bawah kulit tengkorak.
No comments:
Post a Comment