Pengikut Boyzzonne

Showing posts with label Kes dera. Show all posts
Showing posts with label Kes dera. Show all posts

Tuesday, October 30, 2012

Gadis Mangsa Ajaran terlampau





JEMPOL: Marah terhadap adik iparnya berusia 16 tahun yang dikatakan nakal dan gemar bersosial, seorang lelaki ‘mengajar’ gadis itu dengan cara kejam apabila menyimbah remaja berkenaan dengan air panas, mencucuk dengan garpu panas serta melibas dengan rantai anjing di rumah mereka di Pekan Jelai, di sini.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, mangsa yang sudah tidak bersekolah tinggal dengan kakaknya dan suspek berusia 40-an selepas kematian bapa manakala ibu mereka yang dikatakan pemabuk, sudah lama menghilangkan diri.

Menurutnya, akibat berang dengan sikap mangsa yang dikatakan gemar bersosial serta sering pulang lewat ke rumah, suspek mencurah air panas ke paha mangsa sehingga melecur teruk, Sabtu lalu.

Tuesday, October 2, 2012

Kencing likat darah didera seniior


SEREMBAN: Air kencing dipenuhi darah berwarna hitam pekat, tidak boleh berjalan dan hanya boleh bersolat atas kerusi berikutan kaki berasa kebas.

Demikian masalah kesihatan dialami seorang mangsa buli di sebuah sekolah menengah agama di Pedas, dekat sini, akibat didera senior yang memaksa mangsa melakukan

Monday, August 27, 2012

Isteri diam suami sembur racun ke mulut


KUALA LUMPUR: Disebabkan kerap dipukul, seorang wanita cuba mengubah pendekatan dengan lebih banyak membisu apabila suaminya marah, namun tindakan itu menyebabkan dia menerima deraan lebih teruk apabila mulutnya disembur dengan

Thursday, August 16, 2012

Angkara ibu tiri | Dua beradik disuap pasir

LEBAM...kesan pukulan penyangkut baju oleh ibu tiri mereka

KOTA TINGGI: Kepala disumbat dalam lubang tandas sebelum dipam, disuap nasi panas serta pasir antara deraan ibu tiri yang diterima dua beradik berumur tujuh dan 11 tahun di rumah mereka di sekitar bandar ini sejak Februari lalu.
Punggung serta

Saturday, August 11, 2012

Amukan Rempeyek | Ibu mengamuk rempeyek rosak


KUALA LUMPUR: Berang kuih rempeyek yang baru dibuat untuk hidangan Aidilfitri dirosakkan, seorang ibu 
membelasah anak sulungnya berusia enam tahun hingga

Tuesday, August 7, 2012

(gambar&video) Warga Somalia Menghumban Anak Anjing Ke Dalam Lubang Najis di CyberjayaSiasat pelajar bunuh anjing


CYBERJAYA: Badan Bertindak Haiwan (Bantai) meminta pihak Universiti Multimedia (MMU) dan polis menyiasat secara terperinci dakwaan mengenai dua pelajar asing dikatakan dari universiti berkenaan yang mendera dan membunuh anjing dengan membuang haiwan itu ke dalam sebuah lurang, baru-baru ini.

Monday, August 6, 2012

Kanak-kanak perempuan maut ditindih dalam upacara pemujaan


BUKIT MERTAJAM - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati apabila lapan ahli keluarganya termasuk pembantu rumah warga Indonesia menjalankan upacara pemujaan dengan menindih tubuhnya di Bukit Minyak di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Azman Abd Lah berkata kejadian pukul 10 malam itu disedari bapa saudara mangsa yang

Saturday, August 4, 2012

Rantai Anak Di Pokok Sebab Ponteng Sekolah


KEMBOJA – Seorang bapa bertindak kejam dengan merantai leher anaknya di pokok selepas melihat anak lelakinya yang berusia 13 tahun ponteng sekolah dan menghabiskan masa melayari internet di siber kafe.
Sok Thoeun, 40, berang dan terlalu marah dengan penipuan yang dilakukan oleh anaknya dan membiarkan anaknya dirantai selama

Thursday, August 2, 2012

Sebarkan: Wajah Kanak-kanak Mati Didera


Kanak-kanak ini dianggarakan berusia antara tujuh ke sepuluh tahun.
Tidak ada sebarang maklumat lanjut mengenai dirinya.
Mengikut pihak polis, dia telah meninggal dunia selepas dihantar oleh seorang wanita ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia pada 28hb Julai 2012.
Pihak Polis dengan itu memohon kerjasama dan bantuan waris atau ahli keluarga kepada kanak-kanak yang didera itu agar tampil membantu siasatan.
Orang ramai yang mengenali mangsa bolehlah menyalurkan maklumat ke Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ditalian 03- 21460522 samb. 597 atau mana-mana balai Polis yang berhampiran atau melalui Hotline Polis KL (Rakan Cop) di talian 03-21159999 atau SMS POLISKL ke 32728.
Sebarkan maklumat dan nombor di atas bagi memudah usaha mengesan manusia kurang ajar yang mendera kanak-kanak ini sehingga mati dapat dikesan.
*Kepada manusia-manusia hina yang hidup dengan mendera kanak-kanak, admin harapkan anda mati dalam keperitan dan berdoa agar tempat anda kelak adalah di neraka!
Sekiranya anda mengetahui mana-mana kes dera yang lain, sila hubungi polis atau talian Nur – 15 999

Thursday, July 26, 2012

Kejam - Bayi Nazak Pecah Usus Didera Teman Lelaki Ibu


KUANTAN: “Saya tidak akan memaafkannya dan tidak sesekali menerimanya semula,” kata Norhidayah Ahmad, 22, ibu kepada bayi berusia lapan bulan yang disahkan doktor

Friday, July 13, 2012

Amah Kemboja Naik hantu - amuk sepak ,terajang bayi


Tangisan seorang bayi lelaki berusia 11 bulan yang dipijak dan disepak terajang pembantu rumah warga Kemboja, menyelamatkannya daripada terbunuh dalam kejadian ‘amuk’ wanita terbabit di sebuah rumah dua tingkat di Gombak, di sini, kelmarin.

Wanita berusia 20-an itu yang bekerja sejak lebih setahun lalu dengan pendapatan bulanan RM1,300 berhenti melakukan perbuatan tidak

Monday, July 9, 2012

Tension Hutang Banyak - Flying kick Belakang badan isteri


Seorang peniaga yang mendakwa tertekan dibelenggu hutang keliling pinggang, dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan menendang belakang badan isterinya di rumah mereka di Batu Melintang, Jeli, April lalu.
Tertuduh Hamid Hamad (gambar), 44, mengaku bersalah melakukan perbuatan mencederakan isterinya itu ketika dihadapkan di depan Majistret Mohd. Asri Abd. Rahman Sidik.
Mengikut pertuduhan, Hamid didakwa menyebabkan kecederaan ke atas isterinya, Rohana Mohd. Zin, 40, dengan menendang bahagian belakang badan mangsa di sebuah rumah tanpa nombor di Lata Janggut, Batu Melintang.

Monday, July 2, 2012

Kejam - Bayi 3 bulan patah tangan ,kaki - Diazab Pengasuh



Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan, patah tangan dan kaki kiri hingga terpaksa ditahan di wad kanak-kanak Hospital Sultan Ismail (HSI), dipercayai didera pengasuh di sebuah rumah di

Sunday, July 1, 2012

Derita diseksa ibu tiri - Lima tahun jadi tebusan


"Kami hanya diberi makanan dua senduk nasi sehari, dipaksa masuk ke hutan dari pagi hingga ke petang dan mencari hasil hutan untuk dijual sebelum duit jualan dibahagikan kepada ibu tiri kami.
"Kalau kami buat salah walaupun kecil, kami akan

Mangsa kekejaman suami dapat hidung baru

Seorang wanita Aesha Mohammadzai  yang didera suami suami dengan dipotong hidung dan telinganya dilaporkan akan

Friday, June 29, 2012

Didenda Rm6000 kerana abai Kucing


YUSHAIRI dan Shahrul Azuwan (belakang) ketika keluar dari Mahkamah Majistret Kuala Lumpur 

Dua pengusaha kedai penjagaan haiwan Petknode didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam atas 30 pertuduhan mengabaikan tanggungjawab menjaga

Saturday, June 23, 2012

Bakar Awek hidup hidup - Bahang cinta - Wanita dibakar kekasih



 Pertengkaran sepasang kekasih berakhir tragedi apabila lelaki berusia 35 tahun menyimbah petrol sebelum membakar teman wanitanya hingga

Monday, June 18, 2012

Cucuh mata isteri dengan api - kejam


Seorang lelaki yang tergamak memukul isterinya menggunakan kerusi dan mencucuh mata kiri mangsa dengan api hingga melecur menerima balasan apabila dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Majistret.
Majistret Muhamad Hafiz Mohd. Noor mengarahkan tertuduh, Wan Mustafa Mamat, 40, menjalani hukuman tersebut selepas lelaki itu mengaku bersalah mencederakan isterinya, Rohana Abdullah, 40.
Mengikut pertuduhan, Wan Mustafa didakwa mencederakan Rohana menggunakan kerusi dan wang kertas RM1 yang dibakar di rumah pasangan itu di Kampung Kedai Buloh, Jalan Pantai Cahaya Bulan di sini pada pukul 9.30 malam 2 Februari lalu.
tengok gambar tak...kalau nak tekan readmore

Saturday, June 16, 2012

Anak tak bangun - Mak simbah air panas - Zalim sungguh

Berang anaknya tetap berdegil tidak mahu bangun daripada tidur 

selepas dikejutkan beberapa kali, seorang ibu bertindak di luar dugaan 

apabila menyiram remaja berusia 16 tahun itu dengan air panas dalam 

kejadian di rumah mereka di Tudan, di sini, semalam.

Akibat kejadian jam 8.30 pagi itu, mangsa yang tidak lagi bersekolah 

dan bekerja sebagai buruh kasar, melecur teruk di belakang badannya.

Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa sedang tidur di sofa di 

ruang tamu rumah apabila ibunya yang berusia 47 tahun 

mengejutkannya supaya segera bangun daripada tidur dan bersiap 

untuk pergi bekerja.
tekan readmore kalau nk tengok gambar

Tuesday, October 11, 2011

Budak Maut Didera Bapa Tiri


MANGSA BAPA TIRI...polis mengangkat mayat mangsa  untuk dibedah siasat, semalam.

10 hari derita didera bapa tiri

ALOR GAJAH: Keji dan tidak berperikemanusiaan! Itulah perkataan layak dihamburkan kepada seorang bapa tiri yang dipercayai mendera anak tirinya menggunakan besi panas dan seterika sepanjang 10 hari ibu kanak-kanak itu dirawat di hospital selepas melahirkan anak.
Selain kedua-dua tapak kaki kanak-kanak itu berlubang, dipercayai terkena besi panas atau seterika, ada juga kesan lebam kehitaman pada seluruh tubuh mangsa.
Mohd Firdaus Mat Dan, 6, dikatakan sudah nyawa-nyawa ikan ketika dibawa suspek ke Hospital Alor Gajah (HAG), di sini, jam 4.30 petang semalam dan riak wajahnya ketika itu seolah-olah menahan kesakitan sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Bapa tiri berusia 37 tahun itu menghantar kanak-kanak terbabit ke hospital selepas membawa isterinya berusia 41 tahun pulang ke rumah mereka di Kampung Padang Sebang, dekat sini, sebaik wanita itu dibenarkan keluar dari hospital.


Menurut sumber, mangsa yang bertubuh kurus diberikan bantuan kecemasan hampir satu jam oleh pegawai perubatan sebaik dibawa ke HAG, tetapi kanak-kanak itu gagal diselamatkan.

SHARE THIS

Blog Archive