Seorang lelaki yang tergamak memukul isterinya menggunakan kerusi dan mencucuh mata kiri mangsa dengan api hingga melecur menerima balasan apabila dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Majistret.
Majistret Muhamad Hafiz Mohd. Noor mengarahkan tertuduh, Wan Mustafa Mamat, 40, menjalani hukuman tersebut selepas lelaki itu mengaku bersalah mencederakan isterinya, Rohana Abdullah, 40.
Mengikut pertuduhan, Wan Mustafa didakwa mencederakan Rohana menggunakan kerusi dan wang kertas RM1 yang dibakar di rumah pasangan itu di Kampung Kedai Buloh, Jalan Pantai Cahaya Bulan di sini pada pukul 9.30 malam 2 Februari lalu.
tengok gambar tak...kalau nak tekan readmore
INILAH rumah di Kampung Kedai Buloh, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu tempat Rohana dicederakan oleh suaminya. |
No comments:
Post a Comment