Pengikut Boyzzonne

Saturday, August 4, 2012

Rantai Anak Di Pokok Sebab Ponteng Sekolah


KEMBOJA – Seorang bapa bertindak kejam dengan merantai leher anaknya di pokok selepas melihat anak lelakinya yang berusia 13 tahun ponteng sekolah dan menghabiskan masa melayari internet di siber kafe.
Sok Thoeun, 40, berang dan terlalu marah dengan penipuan yang dilakukan oleh anaknya dan membiarkan anaknya dirantai selama
dua jam di pokok berdekatan dengan bandar Battambang.
Tindakan Thoeun itu bertujuan untuk mengajar anaknya supaya tidak menipu dan berharap agar hukuman yang diberikan kepada anaknya mampu memberi pengajaran kepada remaja yang lain.
“Bapanya terlalu marah ketika menemui anaknya di siber kafe dan bukannya di sekolah. Akibatnya, dia dirantai di khalayak ramai supaya dapat memberi pengajaran kepada orang ramai,” kata Timbalan Ketua Polis Battambang, Cheth Vanny yang dipetik dari The Sydney Morning Herald.
Namun, orang ramai yang lalu-lalang di situ bertindak menghubungi pihak berkuasa kerana tidak sanggup penderaan ke atas remaja lelaki tersebut diteruskan.
Remaja itu seterusnya dilepaskan atas bantuan dari tukang kunci yang dipanggil untuk memutuskan rantai mangga di lehernya.
Remaja itu juga turut mendakwa telah dibelasah teruk oleh ayahnya sebelum dia dirantai di tiang tersebut.
Kes tersebut masih lagi menjadi perhatian pihak berkuasa dan disiasat dengan lebih terperinci memandangkan penderaan tersebut adalah merupakan penyeksaan yang tidak boleh diterima oleh penduduk di bandar itu.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive