Pengikut Boyzzonne

Friday, June 15, 2012

Amah Lari Dari Rumah Buat Siti Sarah Fobia


Kehilangan mengejut pembantu rumah menjejaskan kelancaran rutin harian Siti Sarah.
KUALA LUMPUR: Penyanyi Siti Sarah berasa fobia apabila orang gajinya meninggalkan rumah secara tiba-tiba sejak seminggu lalu tanpa sebab ataupun sebarang notis.
Sarah atau nama sebenarnya Siti Sarah Raisuddin Hamzah, 28, berkata pelbagai urusan harian terutamanya melibatkan hal penjagaan anaknya Uwais Alqarni yang berusia enam bulan, terjejas ekoran ‘kehilangan’ secara mengejut amah dari Indonesia itu.
“Saya menjadi fobia dengan insiden kehilangan pembantu rumah secara mengejut. Pada satu petang kira-kira seminggu yang lalu dia tidak pulang ke rumah selepas keluar bersiar-siar.
“Saya agak ‘patah kaki’ kerana terpaksa meninggalkan Uwais di pusat asuhan kanak-kanak apabila hendak keluar bekerja.
Ditanya adakah dia bersikap kasar terhadap amah berkenaan sehingga menyebabkan wanita itu melarikan diri, isteri kepada pelawak Shuib (Sepahtu) ini berkata dia tidak berbuat demikian kerana menyenangi kerja pembantu rumah itu.
“Saya tidak pernah memarahi dia apatah lagi untuk memukul atau bertindak kasar. Dia bekerja dengan baik dan mengasuh anak saya dengan penuh kasih sayang. Malah, suami (Shuib) juga senang dengan tugasannya.
“Saya sendiri terkejut dan hairan dengan apa yang berlaku kerana dia tidak pernah melakukan sebarang perbuatan khianat atau mencurigakan ketika di rumah.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive