Pengikut Boyzzonne

Tuesday, October 2, 2012

Kencing likat darah didera seniior


SEREMBAN: Air kencing dipenuhi darah berwarna hitam pekat, tidak boleh berjalan dan hanya boleh bersolat atas kerusi berikutan kaki berasa kebas.

Demikian masalah kesihatan dialami seorang mangsa buli di sebuah sekolah menengah agama di Pedas, dekat sini, akibat didera senior yang memaksa mangsa melakukan
ketuk ketampi melebihi 200 kali hanya gara-gara tidak mengambil air minuman.


Mangsa, Muhammad Fahmi Mazzalan, 14, yang kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) berkemungkinan menghadapi masalah buah pinggang dan hati akibat ‘senaman’ melampau dalam kejadian 26 September lalu.

“Tiga hari selepas kejadian itu, sejurus kencing saya terkejut mendapati mangkuk tandas dipenuhi darah berwarna hitam pekat,” kata pelajar tingkatan dua itu ketika ditemui wartawan Harian Metro di wad HTJS, di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive