Pengikut Boyzzonne

Wednesday, August 29, 2012

3 Tips dan Teknik Pengiklanan Internet Percuma Di Malaysia


Hari ini lebih ramai yang gemar mengiklankan perniagaan mereka di internet kerana capaian internet di Malaysia yang sangat luas. Pengiklanan di internet juga kini boleh dibuat secara percuma di laman-laman web tempatan contohnya di amboi.com.my. Di sini terdapat
tiga tips dan teknik untuk pengiklanan internet secara percuma di Malaysia.


Tips Pertama:
Iklan anda perlu mempunyai tajuk yang menarik. Tajuk iklan yang baik tidak sedikit pun kelihatan seperti iklan, tetapi lebih kepada perkongsian maklumat. Sebagai contoh, tajuk “kami menjual pakaian berjenama dengan harga murah” hanya memperlihatkan anda ingin menjual sesuatu untuk keuntungan semata-mata. Sekiranya tajuk iklan yang sama ditukar kepada “Tahukah Anda Tidak Semua Pakaian Berjenama Itu Mahal?“, pasti lebih ramai yang ingin mengetahui apakah rahsia yang terdapat dalam iklan tersebut. Pastikan anda membuat sedikit artikel berkenaan dengan tajuk iklan tersebut dan selitkan kelebihan produk atau kelebihan anda dalam artikel tersebut.

Tips Kedua:
Gambar dapat menjadikan sesuatu iklan lebih menarik berbanding iklan yang tidak bergambar. Secara realitinya, sekiranya terdapat dua iklan bersebelahan, pasti iklan bergambar akan dilihat dahulu walaupun sebenarnya iklan yang tidak bergambar memberi tawaran yang lebih baik. Gambar juga mampu menerangkan keadaan produk yang dijual secara sendiri.

Tips Ketiga:
Sekiranya anda mempunyai iklan Facebook atau Twitter, iklankan produk atau perkhidmatan anda menggunakannya. Ini kerana iklan yang baik akan tersebar secara sendiri apabila setiap pengguna yang membaca iklan tersebut klik ‘Like” atau ‘Tweet‘. Kaedah ini lebih dikenali sebagai pemasaran mulut ke mulut.

Sumber: 

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive