NEW DELHI: Sembilan kakitangan tentera udara India semalam terbunuh apabila dua helikopter tentera buatan Russia berlanggar di ruang
udara.
Jurucakap tentera udara, Komander Udara Gerard Galway berkata, dua helikopter Mi-17 itu sedang “terbang dalam formasi rapat” di negeri Gujarat, di barat negara itu ketika ia berlanggar.
“Kelihatannya seperti pelanggaran di udara,” katanya kepada media, mengesahkan semua sembilan orang yang berada di dalam dua pesawat itu maut.
Galway berkata, siasatan akan diadakan untuk mengetahui bagaimana sebenarnya kemalangan itu berlaku.
Seorang pegawai udara yang tidak mahu dikenali berkata, dua helikopter itu sedang berlatih menembak dekat pangkalan udara tentera di daerah Jamnagar ketika nahas itu berlaku. Ketua Polis Jamnagar, Harikrishna Patil memberitahu media melalui telefon dari lokasi nahas, pesawat itu telah berlanggar sebelum jatuh di ladang kapas dekat sebuah desa. - AFP
No comments:
Post a Comment